Malaysia legislation

Section 35

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 35

(a)

dengan notis kepada pihak yang satu lagi, boleh meminta tribunal timbang tara untuk membetulkan dalam award itu apa-apa kesilapan pengiraan, apa-apa kesilapan perkeranian atau kesilapan taipan, atau kesilapan lain yang seumpamanya; atau

Timbang Tara 37

(b)

dengan notis kepada dan dengan persetujuan pihak yang satu lagi, boleh meminta tribunal timbang tara untuk memberikan suatu tafsiran tentang suatu perkara tertentu atau sebahagian daripada award itu.

(2)

Jika tribunal timbang tara berpendapat permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) sebagai berasas, tribunal timbang tara itu hendaklah membuat pembetulan atau memberi tafsiran dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan permintaan itu dan tafsiran itu hendaklah menjadi sebahagian daripada award.

(3)

Tribunal timbang tara boleh membetulkan apa-apa jenis kesilapan yang disebut dalam perenggan (1)(a) atas inisiatifnya sendiri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh award itu.

(4)

Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, suatu pihak boleh, dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan award dan dengan notis kepada pihak yang satu lagi, meminta tribunal timbang tara membuat suatu award tambahan tentang tuntutan yang dikemukakan dalam prosiding timbang tara itu tetapi tertinggal daripada award.

(5)

Jika tribunal timbang tara berpendapat permintaan di bawah subseksyen (4) sebagai berasas, tribunal timbang tara itu hendaklah membuat award tambahan dalam masa enam puluh hari dari penerimaan permintaan itu.

(6)

Tribunal timbang tara boleh, jika difikirkannya perlu, melanjutkan tempoh masa yang dalamnya ia hendaklah membuat suatu pembetulan, tafsiran atau award tambahan di bawah seksyen ini.

(7)

Peruntukan seksyen 33 hendaklah terpakai bagi suatu pembetulan atau tafsiran award atau bagi suatu award tambahan.

Award adalah muktamad dan mengikat