Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(a)
pihak yang membuat permohonan memberikan bukti bahawa—
(i)
suatu pihak kepada perjanjian timbang tara adalah tidak berkeupayaan;
(ii)
perjanjian timbang tara itu tidak sah di bawah undang-undang yang pihak-pihak tertakluk kepadanya, atau, jika tiada apa-apa yang menunjukkan mengenai undang-undang itu, di bawah undang-undang Malaysia;
(iii)
pihak yang membuat permohonan tidak diberikan notis yang sepatutnya mengenai pelantikan penimbang tara atau mengenai prosiding timbang tara atau selainnya tidak berupaya mengemukakan kes pihak itu;
(iv)
award itu memperkatakan suatu pertikaian yang tidak dijangkakan oleh atau tidak termasuk dalam terma-terma bagi pengemukaan kepada timbang tara;
(v)
tertakluk kepada subseksyen (3), award itu mengandungi keputusan mengenai perkara yang melampaui ruang lingkup bagi pengemukaan kepada timbang tara; atau
Timbang Tara 39
(vi)
keanggotaan tribunal timbang tara atau tatacara timbang tara tidak mengikut persetujuan pihak-pihak, melainkan jika persetujuan itu bercanggah dengan suatu peruntukan Akta ini yang daripadanya pihak-pihak tidak boleh tidak menurutinya, atau, jika tiada persetujuan itu, tidak mengikut Akta ini; atau
(b)
Mahkamah Tinggi mendapati bahawa—
(i)
hal perkara pertikaian itu tidak dapat diselesaikan melalui timbang tara di bawah undang-undang
Malaysia; atau
(ii)
award itu bercanggah dengan dasar awam Malaysia.
(2)
Tanpa mengehadkan keluasan subperenggan (1)(b)(ii), suatu award adalah bercanggah dengan dasar awam Malaysia jika—
(a)
pembuatan award itu telah didorong atau terjejas oleh fraud atau rasuah; atau
(b)
suatu pelanggaran rukun keadilan asasi berlaku—
(i)
semasa prosiding timbang tara; atau
(ii)
berkaitan dengan pembuatan award itu.
(3)
Jika keputusan mengenai perkara yang dikemukakan kepada timbang tara boleh diasingkan daripada perkara yang tidak dikemukakan, hanya bahagian award itu yang mengandungi keputusan mengenai perkara yang tidak dikemukakan kepada timbang tara boleh diketepikan.
(4)
Suatu permohonan bagi mengetepikan tidak boleh dibuat selepas habis tempoh sembilan puluh hari dari tarikh yang pihak yang membuat permohonan itu menerima award itu atau, jika suatu permintaan telah dibuat di bawah seksyen 35, dari tarikh yang padanya permintaan itu telah diselesaikan oleh tribunal timbang tara.
(5)
Subseksyen (4) tidak terpakai bagi suatu permohonan bagi mengetepikan atas alasan bahawa award itu telah didorong atau terjejas oleh fraud atau rasuah.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 646
(6)
Atas suatu permohonan di bawah subseksyen (1) Mahkamah
Tinggi boleh, jika bersesuaian dan diminta sedemikian oleh suatu pihak, menangguhkan prosiding bagi apa-apa tempoh masa yang ditentukan olehnya untuk memberi tribunal timbang tara peluang untuk menyambung prosiding timbang tara itu atau untuk mengambil apa-apa langkah lain yang pada pendapat tribunal timbang tara akan menghapuskan alasan untuk mengetepikan.
(7)
Jika suatu permohonan dibuat untuk mengetepikan suatu award, Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan bahawa apa-apa wang yang dijadikan kena dibayar oleh award itu hendaklah dibawa ke dalam Mahkamah Tinggi atau selainnya dijamin sementara penentuan permohonan itu selesai.