Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(2)
Dalam suatu permohonan di bawah subseksyen (1) pemohon hendaklah mengemukakan—
(a)
award asal yang disahkan dengan sempurnanya atau salinan award yang diperakui dengan sempurnanya; dan
(b)
perjanjian timbang tara yang asal atau salinan perjanjian itu yang diperakui dengan sempurnanya.
(3)
Jika award atau perjanjian timbang tara adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, pemohon hendaklah membekalkan terjemahan award atau perjanjian itu dalam bahasa Inggeris yang diperakui dengan sempurnanya.
Timbang Tara 41
(4)
Bagi maksud Akta ini, “Negara asing” ertinya suatu Negara yang merupakan suatu pihak kepada Konvensyen Mengenai
Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Award Timbang Tara Asing yang diterima pakai oleh Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu
Mengenai Timbang Tara Perdagangan Antarabangsa pada tahun 1958.
Alasan untuk menolak pengiktirafan atau penguatkuasaan