Malaysia legislation

Section 39

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 39

(a)

jika pihak itu memberikan bukti kepada Mahkamah Tinggi bahawa—

(i)

suatu pihak kepada perjanjian timbang tara adalah tidak berkeupayaan;

(ii)

perjanjian timbang tara itu tidak sah di bawah undang-undang yang pihak-pihak tertakluk kepadanya, atau, jika tiada apa-apa yang menunjukkan tanda mengenai undang-undang itu, di bawah undang-undang Negara di mana award dibuat;

(iii)

pihak yang membuat permohonan tidak diberikan notis yang sepatutnya mengenai pelantikan penimbang tara atau mengenai prosiding timbang tara atau selainnya tidak berupaya mengemukakan kes pihak itu;

(iv)

award itu memperkatakan suatu pertikaian yang tidak dijangkakan oleh atau tidak termasuk dalam terma bagi pengemukaan kepada timbang tara;

(v)

tertakluk kepada subseksyen (3), award itu mengandungi keputusan mengenai perkara yang melampaui ruang lingkup bagi pengemukaan kepada timbang tara;

(vi)

keanggotaan tribunal timbang tara atau tatacara timbang tara tidak mengikut persetujuan pihak-pihak, melainkan jika persetujuan itu bercanggah

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 646

dengan suatu peruntukan Akta ini yang daripadanya pihak-pihak tidak boleh tidak menurutinya, atau, sekiranya tiada persetujuan itu, tidak mengikut

Akta ini; atau

(vii)

award itu belum lagi mengikat pihak-pihak atau telah diketepikan atau digantung oleh suatu mahkamah dalam negara yang, atau di bawah undang-undang yang award itu dibuat; atau

(b)

jika Mahkamah Tinggi mendapati bahawa—

(i)

hal perkara pertikaian itu tidak dapat diselesaikan melalui timbang tara di bawah undang-undang

Malaysia; atau

(ii)

award itu bercanggah dengan dasar awam Malaysia.

(2)

Jika suatu permohonan bagi mengetepikan atau menggantung sesuatu award telah dibuat kepada Mahkamah Tinggi atas alasan yang disebut dalam subperenggan (1)(a)(vii), Mahkamah Tinggi boleh, jika difikirkannya wajar, menangguhkan keputusannya dan boleh juga, atas permohonan pihak yang menuntut pengiktirafan atau penguatkuasaan award itu, memerintahkan pihak yang satu lagi itu untuk memberi jaminan yang sesuai.

(3)

Jika keputusan tentang perkara yang dikemukakan kepada timbang tara boleh diasingkan daripada perkara yang tidak dikemukakan, hanya bahagian award itu yang mengandungi keputusan tentang perkara yang dikemukakan kepada timbang tara boleh diiktiraf dan dikuatkuasakan.