Malaysia legislation

Section 41

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 41

(a)

dengan keizinan tribunal timbang tara; atau

(b)

dengan keizinan tiap-tiap pihak lain.

(2)

Mahkamah Tinggi tidak boleh mempertimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) melainkan jika ia berpuas hati bahawa penentuan itu—

(a)

berkemungkinan menghasilkan penjimatan kos yang substansial; dan

(b)

secara substansial menjejaskan hak satu pihak atau lebih.

(3)

Permohonan itu hendaklah mengenal pasti soal undang-undang yang hendaklah ditentukan dan, kecuali jika dibuat dengan persetujuan semua pihak kepada prosiding itu, hendaklah menyatakan alasan yang menyokong permohonan itu.

(4)

Semasa suatu permohonan di bawah subseksyen (1) belum selesai, prosiding timbang tara boleh diteruskan dan award boleh dibuat.

Penzahiran maklumat yang berhubungan dengan prosiding timbang tara dan award dilarang 41a.  (1)  Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, tiada pihak boleh menyiarkan, menzahirkan atau menyampaikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan—

(a)

prosiding timbang tara di bawah perjanjian timbang tara;

atau

(b)

suatu award yang dibuat dalam prosiding timbang tara itu.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 646

(2)

Tiada apa-apa dalam subseksyen (1) boleh menghalang penyiaran, penzahiran atau penyampaian maklumat yang disebut dalam subseksyen itu oleh suatu pihak—

(a)

jika penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu dibuat—

(i)

untuk melindungi atau meneruskan suatu hak atau kepentingan di sisi undang-undang pihak itu; atau

(ii)

untuk menguatkuasakan atau mencabar award yang disebut dalam subseksyen itu, dalam prosiding undang-undang di hadapan suatu mahkamah atau pihak berkuasa kehakiman yang lain di dalam atau di luar Malaysia;

(b)

jika penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu dibuat kepada mana-mana badan kerajaan, badan kawal selia, mahkamah atau tribunal dan pihak itu berkewajipan di bawah undang-undang untuk membuat penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu; atau

(c)

jika penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu dibuat kepada seorang penasihat profesional atau mana-mana penasihat lain mana-mana pihak.

Prosiding didengari selain dalam mahkamah terbuka 41b.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (2), prosiding mahkamah di bawah Akta ini hendaklah didengari selain dalam mahkamah terbuka.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), mahkamah boleh memerintahkan prosiding itu didengari dalam mahkamah terbuka—

(a)

atas permohonan mana-mana pihak; atau

(b)

jika, dalam apa-apa kes tertentu, mahkamah berpuas hati bahawa prosiding itu seharusnya didengari di mahkamah terbuka.

(3)

Suatu perintah mahkamah di bawah subseksyen (2) muktamad.

Timbang Tara 45 42–43.  (Dipotong oleh Akta A1569).

Kos dan belanja timbang tara