Malaysia legislation

Section 44

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 44

(a)

kos dan belanja timbang tara hendaklah mengikut budi bicara tribunal timbang tara yang boleh—

(i)

mengarahkan kepada siapa dan oleh siapa dan mengikut cara apa kos itu atau apa-apa bahagiannya hendaklah dibayar;

(ii)

menetapkan atau menyelesaikan amaun kos atau belanja itu; dan

(iii)

mengaward kos atau belanja itu yang hendaklah dibayar sebagai antara peguam cara dengan klien;

(b)

mana-mana pihak boleh memohon kepada Mahkamah

Tinggi untuk kos itu ditetapkan jika tribunal timbang tara dalam awardnya mengarahkan supaya kos dan belanja itu dibayar oleh mana-mana pihak tetapi tidak menyatakan amaun kos dan perbelanjaan itu dalam masa tiga puluh hari setelah diminta berbuat demikian; atau

(c)

setiap pihak hendaklah bertanggungjawab bagi belanja di sisi undang-undangnya sendiri dan belanja lain dan bagi bahagian yang sama rata bagi fi dan belanja tribunal timbang tara dan apa-apa belanja lain yang berhubungan dengan timbang tara itu semasa ketiadaan award atau award tambahan yang menetapkan dan menguntukkan kos dan belanja timbang tara.

(2)

Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, jika suatu pihak membuat suatu tawaran kepada pihak yang satu lagi untuk menyelesaikan pertikaian atau sebahagian daripada pertikaian itu dan tawaran itu tidak diterima dan award tribunal timbang tara tidak lebih baik kepada pihak yang satu lagi itu daripada apa yang ditawarkan itu, tribunal timbang tara, dalam

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 646

menetapkan dan menguntukkan kos dan belanja timbang tara, boleh mengambil kira hakikat tawaran itu dalam mengaward kos dan belanja berkenaan dengan tempoh daripada pembuatan tawaran hingga pembuatan award.

(3)

Tawaran untuk penyelesaian yang dibuat di bawah subseksyen (2) tidak boleh dimaklumkan kepada tribunal timbang tara sehingga ia telah membuat penentuan muktamad mengenai semua aspek pertikaian itu selain penetapan dan penguntukan kos dan belanja.

(4)

Jika tribunal timbang tara enggan untuk menyampaikan awardnya sebelum pembayaran fi dan belanjanya, Mahkamah

Tinggi boleh memerintahkan tribunal timbang tara itu untuk menyampaikan award itu mengikut syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah Tinggi.

(5)

Suatu penetapan kos, fi dan belanja di bawah seksyen ini boleh dikaji semula mengikut cara yang sama sebagaimana penetapan kos.

Pelanjutan masa untuk memulakan prosiding timbang tara