Malaysia legislation

Section 46

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 46

Pelanjutan masa untuk membuat award

(2)

Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat—

(a)

dengan notis kepada pihak-pihak, oleh tribunal timbang tara; atau

Timbang Tara 47

(b)

dengan notis kepada tribunal timbang tara dan pihak-pihak lain, oleh mana-mana pihak kepada prosiding itu.

(3)

Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat suatu perintah melainkan jika—

(a)

semua proses tribunal timbang tara yang boleh didapati untuk mendapatkan dan melanjutkan masa telah digunakan;

dan

(b)

Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa ketidakadilan substansial akan selainnya berlaku.

(4)

Mahkamah Tinggi boleh menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) walau apa pun masa yang ditetapkan terdahulu oleh atau di bawah perjanjian timbang tara atau oleh suatu perintah terdahulu telah habis tempoh.