Malaysia legislation

Section 49

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 49

Kebankrapan

(2)

Mahkamah Tinggi boleh mengarahkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan atau bagi maksud prosiding kebankrapan dirujukkan kepada timbang tara jika—

(a)

perkara itu ialah yang baginya perjanjian timbang tara terpakai;

(b)

perjanjian timbang tara dibuat oleh orang yang telah dihukum bankrap sebelum mula berkuatkuasanya prosiding kebankrapan itu; dan

(c)

orang yang mempunyai bidang kuasa untuk mentadbir harta tidak menerima pakai perjanjian itu.

(3)

Suatu permohonan di bawah subseksyen (2) boleh dibuat oleh—

(a)

mana-mana pihak lain kepada perjanjian timbang tara;

atau

(b)

mana-mana orang yang mempunyai bidang kuasa untuk mentadbir harta bankrap.

Cara permohonan