Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
suatu komunikasi bertulis disifatkan telah diterima jika ia diserahkan kepada penerima itu sendiri atau jika ia diserahkan di tempat urusan, tempat tinggal biasa atau alamat melnya; dan
(b)
jika tempat yang disebut dalam perenggan (a) tidak boleh dijumpai selepas dibuat suatu siasatan yang munasabah, suatu komunikasi bertulis disifatkan telah diterima jika ia dihantar ke tempat urusan, tempat tinggal biasa atau alamat mel penerima yang terakhir diketahui melalui surat berdaftar atau apa-apa cara lain yang memperuntukkan suatu rekod tentang percubaan untuk menyerahkannya.
(2)
Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, suatu komunikasi bertulis yang dihantar secara elektronik disifatkan telah diterima jika ia dihantar ke alamat mel elektronik penerima itu.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 646
(3)
Komunikasi itu disifatkan telah diterima pada hari komunikasi itu diserahkan sedemikian.
(4)
Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa komunikasi berkenaan dengan prosiding mahkamah.
Penepian hak untuk membantah