Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA PELINDUNG 2006

Seksyen 14

Keputusan untuk memulakan penyiasatan

(2)

Jika

Kerajaan memutuskan untuk memulakan suatu penyiasatan di bawah subseksyen (1), Kerajaan boleh meminta maklumat tambahan sebagaimana yang Kerajaan sifatkan perlu.

(3)

Jika Kerajaan memutuskan untuk tidak memulakan suatu penyiasatan, Kerajaan hendaklah memberitahu pempetisyen secara bertulis mengenai sebab-sebab penyiasatan tidak dimulakan.

(4)

Jika suatu petisyen diterima, Kerajaan hendaklah, dari tarikh petisyen itu diterima, memutuskan sama ada hendak memulakan suatu penyiasatan atau tidak dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan. Jika petisyen itu melibatkan isu yang rumit, atau jika

Kerajaan perlu meminta maklumat tambahan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), tempoh itu boleh dilanjutkan bagi tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan.

Pelindung 15

Notis bagi memulakan penyiasatan