PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2006/657
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PELINDUNG 2006 is Malaysia Act, cited as Act 657 2006, currently marked in force and first recorded in 2006.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ancaman kemudaratan yang serius” ertinya kemudaratan serius yang pasti akan berlaku;
“Anggota” ertinya Anggota kepada Pertubuhan Perdagangan
Dunia;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 657
“ASEAN” ertinya Pertubuhan bagi Negara-Negara Asia Tenggara;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“GATT 1994” ertinya Perjanjian Am mengenai Tarif dan
Perdagangan 1994 yang dinyatakan dalam Lampiran 1A kepada
Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia;
“industri dalam negeri” ertinya—
pengeluar dalam negeri secara keseluruhannya bagi keluaran serupa atau yang bersaing secara langsung dengan keluaran yang disiasat, yang beroperasi di dalam Malaysia;
atau
pengeluar dalam negeri yang beroperasi di dalam Malaysia yang keluaran secara keseluruhan bagi keluaran serupa atau yang bersaingan secara langsung menjadi suatu bahagian besar jumlah keseluruhan pengeluaran dalam negeri bagi keluaran berkenaan;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa tentang Pelindung bagi
Pertubuhan Perdagangan Dunia;
“keluaran serupa” ertinya keluaran yang sama atau serupa dalam segala hal dengan keluaran yang disiasat atau, dalam ketiadaan keluaran sedemikian, keluaran lain yang walaupun tidak serupa dalam segala hal mempunyai ciri-ciri yang hampir menyerupai keluaran yang disiasat;
“keluaran yang bersaing secara langsung” ertinya keluaran yang bersaing walaupun berbeza dalam ciri-ciri atau bahan pembuatannya, adalah keluaran yang boleh diganti dari segi kebergunaan atau persaingan komersial;
“keluaran yang disiasat” ertinya kelas atau jenis keluaran yang diimport atau dijual bagi pengimportan ke dalam Malaysia yang tertakluk kepada tindakan perlindungan di bawah Akta ini seperti
Pelindung 9
yang ditentukan sesuai oleh Kerajaan bagi membuktikan skop tindakan;
“kemudaratan yang serius” ertinya suatu kemudaratan keseluruhan yang ketara terhadap kedudukan suatu industri dalam negeri;
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;
“negara” termasuklah semua Anggota Pertubuhan Perdagangan
Dunia dan mana-mana negara lain atau wilayah kastam berautonomi;
“pegawai kastam” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan itu di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967 [Akta 235];
“Perjanjian” ertinya Perjanjian tentang Pelindung bagi Pertubuhan
Perdagangan Dunia;
“pihak berkepentingan” ertinya—
pengeluar dalam negeri bagi keluaran serupa atau yang bersaing secara langsung;
persatuan perdagangan dan perniagaan berdaftar di Malaysia yang relevan;
“pihak berkepentingan yang turut serta”
ertinya pihak berkepentingan yang telah membayangkan niat untuk menyertai suatu penyiasatan menurut seksyen 10;
“pihak berkuasa penyiasat” ertinya pihak berkuasa penyiasat yang dilantik di bawah seksyen 3;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 657
“WTO” ertinya Pertubuhan Perdagangan Dunia.
Bahagian II
Pelantikan pihak berkuasa penyiasat
Menteri boleh melantik dan memberi kuasa kepada suatu pihak berkuasa penyiasat untuk menjalankan suatu penyiasatan di bawah
Akta ini.
Pelantikan pegawai
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melantik dan memberi kuasa kepada apa-apa bilangan pegawai yang perlu untuk melaksanakan fungsi dan kuasa di bawah Akta ini.
Perlindungan pegawai dan orang yang bertindak di bawah Akta dan peraturan
Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan mana-mana tindakan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud menguatkuasakan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan tiada guaman atau pendakwaan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana orang bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya atas perintah, arahan atau suruhan mana-mana pegawai atau orang itu jika tindakan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa tindakan itu adalah perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai olehnya.
Pelindung 11
Tugas dan kuasa pihak berkuasa penyiasat
Penjalanan penyiasatan yang berhubungan dengan kemudaratan yang serius atau ancamannya hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
Pihak berkuasa penyiasat hendaklah tertakluk kepada peruntukan Akta ini dalam menjalankan fungsi yang ditugaskan kepadanya di bawah Akta ini.
Mengenai apa-apa prosiding di bawah Akta ini, pihak berkuasa penyiasat tidak boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang berhak diperlakukan sebagai sulit di bawah Akta ini.
Pihak berkuasa penyiasat boleh meminta secara terus daripada pihak berkepentingan yang turut serta, ejen kastam, syarikat pemeriksa, syarikat penghantar, dan perusahaan dan entiti lain bagi sektor awam dan swasta, apa-apa data dan maklumat yang dianggap relevan bagi pelaksanaan tugas, fungsi dan kuasa mereka. Pihak yang menerima permintaan itu hendaklah menyediakan maklumat yang diminta, dan maklumat itu hendaklah diletakkan dalam fail awam.
Pihak berkuasa penyiasat boleh memutuskan untuk menentusahkan ketepatan apa-apa maklumat yang dikemukakan semasa suatu penyiasatan atau kajian semula sebagaimana yang ditetapkan.
Kuasa untuk mewakilkan
Seseorang atau golongan orang yang berupa sebagai bertindak menurut pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, jika tiada bukti yang berlawanan, dianggap sebagai bertindak mengikut terma pewakilan itu.
Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.
Bahagian III
KEMUDARATAN YANG SERIUS DAN HUBUNGAN BERSEBAB
Kemudaratan yang serius dan hubungan bersebab
Penentuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh dibuat melainkan jika penyiasatan itu menunjukkan, berdasarkan keterangan yang objektif, kewujudan hubungan bersebab antara peningkatan import bagi keluaran yang disiasat dengan kemudaratan yang serius atau ancamannya.
Apabila faktor selain peningkatan import bagi keluaran yang disiasat adalah pada masa yang sama menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan kepada industri dalam negeri, kemudaratan itu tidaklah boleh dianggap disebabkan oleh peningkatan import.
Pelindung 13
Ancaman kemudaratan yang serius dan hubungan bersebab
Dalam menimbangkan sama ada peningkatan import mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius, faktor relevan yang hendaklah dinilai, hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
Bahagian IV
Petisyen bagi permulaan penyiasatan
Permintaan bagi suatu penyiasatan untuk menentukan sama ada peningkatan import keluaran yang disiasat telah menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius bagi industri dalam negeri boleh dimulakan—
apabila terdapat suatu petisyen bertulis dialamatkan kepada
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri oleh atau bagi pihak suatu industri dalam negeri; atau
Suatu petisyen di bawah perenggan 10(a) hendaklah termasuk apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 657
Penarikan balik petisyen sebelum permulaan penyiasatan
Suatu petisyen di bawah seksyen 10 boleh ditarik balik sebelum permulaan suatu penyiasatan, yang dalam hal itu petisyen hendaklah dianggap tidak pernah dibuat.
Pindaan kepada petisyen
Suatu petisyen yang meminta suatu penyiasatan dimulakan boleh dipinda tertakluk kepada apa-apa syarat yang Kerajaan sifatkan patut.
Keputusan untuk memulakan penyiasatan
Jika
Kerajaan memutuskan untuk memulakan suatu penyiasatan di bawah subseksyen (1), Kerajaan boleh meminta maklumat tambahan sebagaimana yang Kerajaan sifatkan perlu.
Jika Kerajaan memutuskan untuk tidak memulakan suatu penyiasatan, Kerajaan hendaklah memberitahu pempetisyen secara bertulis mengenai sebab-sebab penyiasatan tidak dimulakan.
Jika suatu petisyen diterima, Kerajaan hendaklah, dari tarikh petisyen itu diterima, memutuskan sama ada hendak memulakan suatu penyiasatan atau tidak dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan. Jika petisyen itu melibatkan isu yang rumit, atau jika
Kerajaan perlu meminta maklumat tambahan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), tempoh itu boleh dilanjutkan bagi tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan.
Pelindung 15
Notis bagi memulakan penyiasatan
Jawatankuasa hendaklah diberitahu mengenai keputusan untuk memulakan suatu penyiasatan. Pemberitahuan itu hendaklah dibuat sebaik selepas pemulaan penyiasatan.
Penyiaran notis mengenai permulaan penyiasatan
Notis mengenai permulaan penyiasatan hendaklah disiarkan oleh Kerajaan.
Kandungan notis bagi memulakan suatu penyiasatan
Kandungan notis bagi memulakan suatu penyiasatan hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
Pendengaran awam dan hujah bertulis
bagi pendengaran awam atau cara lain yang sesuai yang pengimport, pengeksport dan pihak berkepentingan yang lain dapat membentangkan keterangan dan pandangan mereka; dan
untuk memberi jawapan kepada suatu pembentangan bertulis dan lisan oleh pihak berkepentingan yang lain yang mengambil bahagian dan untuk mengemukakan pandangan sama ada pelaksanaan suatu langkah perlindungan adalah demi kepentingan awam.
Tatacara untuk pendengaran awam hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 657
Memperlakukan maklumat sulit
Pihak yang menyediakan maklumat sulit hendaklah diminta untuk memberikan ringkasan tidak sulit maklumat sulit itu atau, jika pihak itu menunjukkan bahawa maklumat itu tidak boleh diringkaskan, sebab-sebab mengapa suatu ringkasan tidak dapat disediakan.
Jika Kerajaan mendapati bahawa suatu permintaan bagi memperlakukan maklumat sulit adalah tidak wajar, dan jika pembekal maklumat tidak rela untuk mendedahkan maklumat kepada umum atau membenarkan pendedahan maklumat itu dalam bentuk umum atau ringkasan, Kerajaan boleh mengetepikan maklumat itu melainkan jika dapat ditunjukkan daripada sumber yang sepatutnya sehingga Kerajaan berpuas hati bahawa maklumat itu adalah betul.
Penentuan awal
sama ada keluaran yang disiasat diimport ke dalam
Malaysia dalam kuantiti yang meningkat, secara mutlak atau relatif kepada pengeluaran dalam negeri; dan
sama ada dalam keadaan itu, ia menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri yang mengeluarkan keluaran serupa atau keluaran yang bersaing secara langsung.
Jika Kerajaan membuat penentuan awal negatif mengenai subseksyen (1), Kerajaan hendaklah menyiarkan suatu notis yang menyatakan sebab-sebab bagi penentuan negatif itu dan—
Pelindung 17
Jika Kerajaan membuat penentuan awal afirmatif mengenai subseksyen (1), Kerajaan hendaklah meneruskan penyiasatan dan menyiarkan suatu notis bagi—
penentuan awal afirmatif itu, dengan menyatakan sebab bagi penentuannya berkenaan dengan perenggan (1)(a) dan
Jika keputusannya adalah untuk mengenakan suatu langkah perlindungan sementara, notis berkaitan pelaksanaan suatu langkah perlindungan sementara hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
Jika Kerajaan memutuskan untuk tidak mengenakan suatu langkah perlindungan sementara, notis penentuan awal negatif hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
Pemberitahuan dan perundingan bagi suatu langkah perlindungan sementara
Sebelum langkah itu dikenakan, peluang bagi perundingan seperti yang disebut dalam Perjanjian hendaklah diberikan.
Langkah perlindungan sementara
Suatu langkah perlindungan sementara hendaklah dalam bentuk duti jaminan sementara yang dijamin dengan suatu bon atau jaminan yang sama dengan amaun yang ditentukan oleh Kerajaan.
Langkah perlindungan sementara yang dikenakan di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi dua ratus hari.
Jika penyiasatan seterusnya tidak mendapati bahawa suatu penentuan yang peningkatan import telah menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri, apa-apa bon atau jaminan hendaklah dikembalikan segera.
Pungutan apa-apa duti pelindung sementara yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah dijalankan oleh seorang pegawai kastam.
Penentuan muktamad
sama ada keluaran yang disiasat diimport ke dalam
Malaysia dalam kuantiti yang meningkat, secara mutlak atau relatif kepada pengeluaran dalam negeri; dan
sama ada dalam keadaan itu, ia menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri yang mengeluarkan keluaran serupa atau keluaran yang bersaing secara langsung.
Jika Kerajaan membuat suatu penentuan muktamad negatif mengenai subseksyen (1), Kerajaan hendaklah—
menamatkan langkah perlindungan sementara yang dikenakan di bawah seksyen 22, dan melepaskan bon atau jaminan yang dikehendaki oleh langkah itu; dan
menyiarkan suatu notis mengenai penentuan muktamad negatif itu, dengan menyatakan sebab bagi penentuan negatifnya.
Jika Kerajaan membuat suatu penentuan muktamad afirmatif mengenai subseksyen (1), Kerajaan hendaklah—
Kerajaan hendaklah memberitahu dengan segera kepada
Jawatankuasa jika Kerajaan memutuskan bahawa peningkatan import telah menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri. Apa-apa pemberitahuan itu hendaklah mematuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa.
Notis bagi penentuan muktamad
Kerajaan hendaklah menyiarkan suatu notis bagi penentuan muktamad mengenai kemudaratan yang serius dan hubungan bersebab sebagaimana yang ditetapkan.
Bahagian V
Penentuan bagi langkah perlindungan muktamad
Jika Kerajaan memutuskan semasa suatu langkah perlindungan sementara bahawa—
keluaran yang disiasat diimport ke dalam Malaysia dalam kuantiti yang meningkat, secara mutlak atau relatif kepada pengeluaran dalam negeri; dan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 657
dalam keadaan itu, ia menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri yang mengeluarkan keluaran serupa atau keluaran yang bersaing secara langsung,
Kerajaan hendaklah mengenakan suatu langkah perlindungan muktamad.
Notis bagi langkah perlindungan muktamad
Sebaik selepas suatu keputusan diambil mengenai suatu langkah perlindungan muktamad, Kerajaan hendaklah menyiarkan suatu notis mengenai pengenaan suatu langkah perlindungan muktamad dan notis itu hendaklah mengandungi maklumat sebagaimana yang ditetapkan.
Pemberitahuan dan perundingan suatu langkah perlindungan muktamad
bukti kemudaratan yang serius atau ancamannya disebabkan oleh peningkatan import;
tarikh yang dicadangkan untuk memperkenalkan, tempoh yang dijangka dan jadual waktu bagi pelonggaran secara berperingkat-peringkat.
Pelindung 21
Sebelum suatu langkah perlindungan muktamad dikenakan,
Kerajaan hendaklah menyediakan peluang yang cukup bagi perundingan dengan Anggota yang mempunyai kepentingan yang substantif sebagai pengeksport keluaran yang disiasat, dengan suatu tujuan untuk—
mengkaji semula maklumat yang diberitahu kepada
Jawatankuasa mengenai dapatan kemudaratan yang serius atau ancamannya disebabkan oleh peningkatan import dan langkah yang dicadangkan;
mencapai suatu persefahaman tentang cara untuk mencapai objektif untuk mengekalkan suatu tahap konsesi setaraf yang substantif dan obligasi lain yang wujud di bawah GATT 1994 antara Malaysia dengan Anggota pengeksport yang akan terjejas oleh pengenaan langkah itu. Kerajaan boleh berusaha untuk menyediakan apa-apa cara ganti rugi perdagangan yang mencukupi bagi kesan buruk langkah itu kepada perdagangan mereka.
Kerajaan hendaklah memberitahu Majlis bagi Perdagangan
Barangan WTO dengan segera, melalui Jawatankuasa, mengenai keputusan perundingan itu.
Bentuk dan pengenaan suatu langkah perlindungan muktamad
Jawatankuasa mengenai—
Tertakluk kepada seksyen 34, apa-apa langkah perlindungan muktamad di bawah perenggan (1)(a), (b) dan (c) hendaklah dikenakan kepada semua import keluaran yang disiasat, tanpa mengira sumber, yang masuk pada atau selepas tarikh langkah itu berkuat kuasa.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 657
Perkara pentadbiran
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, apa-apa tindakan yang dikehendaki dijalankan atau diambil di bawah Akta ini hendaklah dijalankan atau diambil oleh mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Menteri.
Apa-apa dapatan mengenai suatu penyiasatan, sama ada bagi maksud penentuan awal atau muktamad, atau suatu kajian semula, di bawah Akta ini, hendaklah dikemukakan kepada Menteri.
Menteri hendaklah membuat suatu syor kepada Menteri
Kewangan untuk mengenakan suatu langkah perlindungan muktamad.
Pelaksanaan suatu langkah perlindungan muktamad dalam bentuk yang diperuntukkan dalam subseksyen 28(1) hendaklah dijalankan oleh seorang pegawai kastam.
Jika apa-apa soalan timbul mengenai sama ada apa-apa keluaran tertentu adalah atau adalah tidak termasuk dalam apa-apa pemberitahuan yang diberi di bawah Akta ini, soalan itu hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa penyiasat yang hendaklah membuat suatu keputusan tentang perkara itu.
Pemindahan kapal
Dalam hal dagangan tidak diimport ke dalam Malaysia secara langsung dari negara asal, tetapi dieksport ke Malaysia dari suatu negara perantaraan, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai
Pelindung 23
sepenuhnya dan transaksi itu, bagi maksud Akta ini, hendaklah diambil kira sebagai telah dibuat antara negara asal dengan Malaysia.
Pelepasan kastam tidak boleh dihalang
Apa-apa penyiasatan yang dijalankan di bawah Akta ini hendaklah tidak menghalang tatacara untuk pelepasan kastam.
Pemakaian Akta Kastam 1967
Jika terdapat apa-apa ketidakselarasan antara peruntukan Akta
Kastam 1967 dengan peruntukan Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.
Anggota negara membangun
Suatu tindakan yang diambil menurut subseksyen (1)
hendaklah diberitahu kepada Jawatankuasa.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 657
Jangka masa bagi suatu langkah perlindungan muktamad
Jumlah jangka masa bagi suatu langkah perlindungan muktamad, termasuk tempoh pengenaan apa-apa langkah perlindungan sementara dan apa-apa pelanjutan menurut seksyen 37, tidak boleh melebihi sepuluh tahun, mengikut peruntukan di bawah
Perjanjian.
Pelonggaran bagi langkah perlindungan
Jika tempoh pengenaan melebihi satu tahun, langkah yang dikenakan hendaklah dilonggarkan secara berperingkat-peringkat pada jarak waktu tetap semasa tempoh pengenaan.
Bahagian VI
Kajian semula
Suatu notis untuk mengekalkan, melonggarkan atau menarik balik suatu langkah perlindungan muktamad, meringkaskan keputusan kajian semula, bolehlah disiarkan.
Pelindung 25
Pelanjutan bagi suatu langkah perlindungan muktamad
jika langkah perlindungan itu terus menjadi perlu untuk menghalang atau meremedi kemudaratan yang serius; dan
terdapat bukti bahawa industri membuat penyesuaian, dengan syarat bahawa peruntukan Perjanjian adalah dipenuhi.
Suatu langkah perlindungan muktamad yang dilanjutkan tidak boleh lebih menyekat daripada langkah yang dikenakan pada penghujung tempoh permulaan pengenaan. Selama tempoh lanjutan, langkah itu hendaklah terus dilonggarkan secara berperingkat-peringkat mengikut jadual yang disiarkan dalam notis untuk melanjutkan suatu langkah perlindungan muktamad.
Dalam melanjutkan suatu langkah perlindungan muktamad melebihi tiga tahun,
Kerajaan hendaklah berusaha untuk mengekalkan suatu tahap konsesi setaraf yang substantif dan obligasi lain yang ada di bawah GATT antara Malaysia dengan Anggota pengeksport yang akan terjejas oleh langkah itu.
Keperluan berkaitan dengan pemberitahuan kepada
Jawatankuasa dan Majlis bagi Perdagangan Barangan WTO sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 21(1), 23(4)
dan 27(3), dan keperluan berkaitan dengan perundingan dengan
Anggota yang mempunyai kepentingan substantif sebagai pengeksport keluaran berkenaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 27(2) hendaklah terpakai bagi apa-apa pelanjutan suatu langkah perlindungan.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 657
Pemberitahuan untuk melanjutkan
Apabila suatu keputusan telah diambil untuk melanjutkan langkah perlindungan, Kerajaan hendaklah memberitahu kepada Jawatankuasa.
Bahagian VII
Pengenaan semula
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), suatu langkah perlindungan muktamad bagi suatu tempoh masa seratus lapan puluh hari atau kurang bolehlah dikenakan kepada import keluaran yang disiasat yang merupakan perkara kepada langkah perlindungan terdahulu jika—
sekurang-kurangnya satu tahun telah berlalu sejak tarikh pengenaan langkah perlindungan terdahulu kepada import keluaran itu; dan
langkah perlindungan sedemikian belum pernah dikenakan kepada keluaran import yang sama lebih daripada dua kali dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum tarikh pengenalan langkah itu.
Bahagian VIII
Obligasi antarabangsa
Akta ini hendaklah terpakai bertepatan dengan obligasi Malaysia di bawah Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia yang
Pelindung 27
dibuat di Marrakesh, pada 15 April 1994, termasuk GATT 1994, dan
Perjanjian tentang Pelindung.
Pelindungan dua hala
Menteri hendaklah menetapkan terma dan syarat penyiasatan pelindungan dan langkah pelindungan bagi maksud subseksyen (1).
Peraturan
Menteri boleh membuat peraturan berkaitan dengan apa-apa perkara yang akan ditetapkan dan peraturan lain yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kesan sepenuhnya kepada atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Penyiaran notis
Semua notis yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
28
Akta 657
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1439
Akta Pelindung
(Pindaan) 2012
01-09-2013
29
Akta 657
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
28
Akta A1439 01-09-2013
40A
Akta A1439 01-09-2013