Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(a)
sama ada keluaran yang disiasat diimport ke dalam
Malaysia dalam kuantiti yang meningkat, secara mutlak atau relatif kepada pengeluaran dalam negeri; dan
(b)
sama ada dalam keadaan itu, ia menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri yang mengeluarkan keluaran serupa atau keluaran yang bersaing secara langsung.
(2)
Jika Kerajaan membuat penentuan awal negatif mengenai subseksyen (1), Kerajaan hendaklah menyiarkan suatu notis yang menyatakan sebab-sebab bagi penentuan negatif itu dan—
Pelindung 17
(a)
meneruskan penyiasatan; atau
(b)
menamatkan penyiasatan itu jika Kerajaan fikirkan patut.
(3)
Jika Kerajaan membuat penentuan awal afirmatif mengenai subseksyen (1), Kerajaan hendaklah meneruskan penyiasatan dan menyiarkan suatu notis bagi—
(a)
penentuan awal afirmatif itu, dengan menyatakan sebab bagi penentuannya berkenaan dengan perenggan (1)(a) dan
(b)
; dan
(b)
langkah perlindungan sementara yang terpakai.
(4)
Jika keputusannya adalah untuk mengenakan suatu langkah perlindungan sementara, notis berkaitan pelaksanaan suatu langkah perlindungan sementara hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
(5)
Jika Kerajaan memutuskan untuk tidak mengenakan suatu langkah perlindungan sementara, notis penentuan awal negatif hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
Pemberitahuan dan perundingan bagi suatu langkah perlindungan sementara