Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Pemberitahuan dan perundingan suatu langkah perlindungan muktamad
(a)
bukti kemudaratan yang serius atau ancamannya disebabkan oleh peningkatan import;
(b)
perihal yang tepat bagi keluaran yang disiasat;
(c)
bentuk, tahap dan jangka masa bagi langkah yang dicadangkan;
(d)
tarikh yang dicadangkan bagi pengenaan langkah itu; dan
(e)
tarikh yang dicadangkan untuk memperkenalkan, tempoh yang dijangka dan jadual waktu bagi pelonggaran secara berperingkat-peringkat.
Pelindung 21
(2)
Sebelum suatu langkah perlindungan muktamad dikenakan,
Kerajaan hendaklah menyediakan peluang yang cukup bagi perundingan dengan Anggota yang mempunyai kepentingan yang substantif sebagai pengeksport keluaran yang disiasat, dengan suatu tujuan untuk—
(a)
mengkaji semula maklumat yang diberitahu kepada
Jawatankuasa mengenai dapatan kemudaratan yang serius atau ancamannya disebabkan oleh peningkatan import dan langkah yang dicadangkan;
(b)
bertukar pandangan mengenai langkah itu; dan
(c)
mencapai suatu persefahaman tentang cara untuk mencapai objektif untuk mengekalkan suatu tahap konsesi setaraf yang substantif dan obligasi lain yang wujud di bawah GATT 1994 antara Malaysia dengan Anggota pengeksport yang akan terjejas oleh pengenaan langkah itu. Kerajaan boleh berusaha untuk menyediakan apa-apa cara ganti rugi perdagangan yang mencukupi bagi kesan buruk langkah itu kepada perdagangan mereka.
(3)
Kerajaan hendaklah memberitahu Majlis bagi Perdagangan
Barangan WTO dengan segera, melalui Jawatankuasa, mengenai keputusan perundingan itu.
Bentuk dan pengenaan suatu langkah perlindungan muktamad