Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(2)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, apa-apa tindakan yang dikehendaki dijalankan atau diambil di bawah Akta ini hendaklah dijalankan atau diambil oleh mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Menteri.
(3)
Apa-apa dapatan mengenai suatu penyiasatan, sama ada bagi maksud penentuan awal atau muktamad, atau suatu kajian semula, di bawah Akta ini, hendaklah dikemukakan kepada Menteri.
(4)
Menteri hendaklah membuat keputusan dan keputusan itu hendaklah muktamad.
(5)
Menteri hendaklah membuat suatu syor kepada Menteri
Kewangan untuk mengenakan suatu langkah perlindungan muktamad.
(6)
Pelaksanaan suatu langkah perlindungan muktamad dalam bentuk yang diperuntukkan dalam subseksyen 28(1) hendaklah dijalankan oleh seorang pegawai kastam.
(7)
Jika apa-apa soalan timbul mengenai sama ada apa-apa keluaran tertentu adalah atau adalah tidak termasuk dalam apa-apa pemberitahuan yang diberi di bawah Akta ini, soalan itu hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa penyiasat yang hendaklah membuat suatu keputusan tentang perkara itu.
Pemindahan kapal