Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PELINDUNG 2006

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ancaman kemudaratan yang serius” ertinya kemudaratan serius yang pasti akan berlaku;

“Anggota” ertinya Anggota kepada Pertubuhan Perdagangan

Dunia;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 657

“ASEAN” ertinya Pertubuhan bagi Negara-Negara Asia Tenggara;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“GATT 1994” ertinya Perjanjian Am mengenai Tarif dan

Perdagangan 1994 yang dinyatakan dalam Lampiran 1A kepada

Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia;

“industri dalam negeri” ertinya—

(a)

pengeluar dalam negeri secara keseluruhannya bagi keluaran serupa atau yang bersaing secara langsung dengan keluaran yang disiasat, yang beroperasi di dalam Malaysia;

atau

(b)

pengeluar dalam negeri yang beroperasi di dalam Malaysia yang keluaran secara keseluruhan bagi keluaran serupa atau yang bersaingan secara langsung menjadi suatu bahagian besar jumlah keseluruhan pengeluaran dalam negeri bagi keluaran berkenaan;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa tentang Pelindung bagi

Pertubuhan Perdagangan Dunia;

“keluaran serupa” ertinya keluaran yang sama atau serupa dalam segala hal dengan keluaran yang disiasat atau, dalam ketiadaan keluaran sedemikian, keluaran lain yang walaupun tidak serupa dalam segala hal mempunyai ciri-ciri yang hampir menyerupai keluaran yang disiasat;

“keluaran yang bersaing secara langsung” ertinya keluaran yang bersaing walaupun berbeza dalam ciri-ciri atau bahan pembuatannya, adalah keluaran yang boleh diganti dari segi kebergunaan atau persaingan komersial;

“keluaran yang disiasat” ertinya kelas atau jenis keluaran yang diimport atau dijual bagi pengimportan ke dalam Malaysia yang tertakluk kepada tindakan perlindungan di bawah Akta ini seperti

Pelindung 9

yang ditentukan sesuai oleh Kerajaan bagi membuktikan skop tindakan;

“kemudaratan yang serius” ertinya suatu kemudaratan keseluruhan yang ketara terhadap kedudukan suatu industri dalam negeri;

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;

“negara” termasuklah semua Anggota Pertubuhan Perdagangan

Dunia dan mana-mana negara lain atau wilayah kastam berautonomi;

“pegawai kastam” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan itu di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“Perjanjian” ertinya Perjanjian tentang Pelindung bagi Pertubuhan

Perdagangan Dunia;

“pihak berkepentingan” ertinya—

(a)

pengeksport asing dan pengeluar bagi keluaran yang disiasat;

(b)

pengimport keluaran yang disiasat;

(c)

kerajaan negara atau negara-negara pengeksport;

(d)

pengeluar dalam negeri bagi keluaran serupa atau yang bersaing secara langsung;

(e)

persatuan perdagangan dan perniagaan berdaftar di Malaysia yang relevan;

“pihak berkepentingan yang turut serta”

ertinya pihak berkepentingan yang telah membayangkan niat untuk menyertai suatu penyiasatan menurut seksyen 10;

“pihak berkuasa penyiasat” ertinya pihak berkuasa penyiasat yang dilantik di bawah seksyen 3;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 657

“WTO” ertinya Pertubuhan Perdagangan Dunia.