Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(2)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), suatu langkah perlindungan muktamad bagi suatu tempoh masa seratus lapan puluh hari atau kurang bolehlah dikenakan kepada import keluaran yang disiasat yang merupakan perkara kepada langkah perlindungan terdahulu jika—
(a)
sekurang-kurangnya satu tahun telah berlalu sejak tarikh pengenaan langkah perlindungan terdahulu kepada import keluaran itu; dan
(b)
langkah perlindungan sedemikian belum pernah dikenakan kepada keluaran import yang sama lebih daripada dua kali dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum tarikh pengenalan langkah itu.