Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PELINDUNG 2006

Seksyen 5

Perlindungan pegawai dan orang yang bertindak di bawah Akta dan peraturan

Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan mana-mana tindakan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud menguatkuasakan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan tiada guaman atau pendakwaan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana orang bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya atas perintah, arahan atau suruhan mana-mana pegawai atau orang itu jika tindakan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa tindakan itu adalah perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai olehnya.

Pelindung 11

Section 5 — AKTA PELINDUNG 2006 | mylaw.my