Malaysia legislation

Section 13

of AKTA PERDAGANGAN ELEKTRONIK 2006

Seksyen 13

Jika mana-mana undang-undang menghendaki mana-mana dokumen disimpan, kehendak undang-undang itu dipenuhi dengan penyimpanan dokumen itu dalam bentuk suatu mesej elektronik jika mesej elektronik itu—

(a)

disimpan dalam format yang mesej elektronik ini dihasilkan, dihantar atau diterima, atau dalam suatu format yang tidak mengubah secara material maklumat yang terkandung dalam mesej elektronik yang asalnya telah dihasilkan, dihantar atau diterima;

(b)

boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya; dan

(c)

mengenal pasti asal usul dan destinasi mesej elektronik itu dan tarikh dan masa ia dihantar atau diterima.