PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2006/658
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERDAGANGAN ELEKTRONIK 2006 is Malaysia Act, cited as Act 658 2006, currently marked in force and first recorded in 2006.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pemakaian
Akta ini tidak terpakai bagi urus niaga atau dokumen yang dinyatakan dalam Jadual.
6
Undang-Undang Malaysia
Akta 658
Menteri boleh melalui perintah meminda, mengubah, memotong daripada atau menambah kepada Jadual.
Penggunaan tidak mandatori
Keizinan seseorang untuk mengguna, memberi atau menerima apa-apa mesej elektronik dalam mana-mana urus niaga perdagangan boleh disimpulkan daripada perlakuan orang itu.
Rujukan kepada undang-undang bertulis lain
Pemakaian Akta ini hendaklah sebagai tambahan sifatnya dan tanpa menjejaskan mana-mana undang-undang lain yang mengawal selia urus niaga perdagangan.
Tafsiran
“elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, photonik atau teknologi lain yang seumpama;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;
“mesej elektronik” ertinya suatu maklumat yang dihasilkan, dihantar, diterima atau disimpan melalui cara elektronik;
“pemula” ertinya seseorang yang melaluinya atau yang bagi pihaknya, suatu mesej elektronik dihasilkan atau dihantar;
“penerima” ertinya seseorang yang dimaksudkan oleh pemula untuk menerima suatu mesej elektronik;
Perdagangan Elektronik 7
“sistem memproses maklumat” ertinya suatu sistem elektronik untuk menghasilkan, menghantar, menerima, menyimpan atau memproses mesej elektronik;
“tandatangan elektronik” ertinya apa-apa huruf, aksara, nombor, bunyi atau apa-apa simbol lain atau apa-apa gabungannya yang dicipta dalam suatu bentuk elektronik yang diterima pakai oleh seseorang sebagai suatu tandatangan;
“urus niaga perdagangan” ertinya suatu komunikasi sehala atau komunikasi pelbagai yang bersifat perdagangan, sama ada berbentuk kontraktual atau tidak, termasuklah apa-apa perkara yang berhubungan dengan pembekalan atau pertukaran barang-barang atau perkhidmatan, agensi, pelaburan, kewangan, perbankan dan insurans.
Bahagian II
Apa-apa maklumat tidak boleh dinafikan kesan undang-undang, kesahan atau kebolehlaksanaan atas alasan bahawa maklumat itu tidak terkandung dalam mesej elektronik yang memberi kesan undang-undang itu, tetapi hanya dirujuk dalam mesej elektronik itu, dengan syarat bahawa maklumat yang dirujukkan itu boleh dicapai oleh orang yang terhadapnya maklumat yang dirujuk itu mungkin digunakan.
Pembentukan dan kesahan kontrak
Suatu kontrak tidak boleh dinafikan kesan undang-undang, kesahan atau kebolehlaksanaan atas alasan bahawa suatu mesej elektronik digunakan dalam pembentukannya.
Bahagian III
CARA ELEKTRONIK
Tulisan
Jika mana-mana undang-undang menghendaki maklumat secara bertulis, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika maklumat itu terkandung dalam suatu mesej elektronik yang boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya.
Tandatangan
mengenal pasti secukupnya orang itu dan menunjukkan secukupnya kelulusan orang itu terhadap maklumat yang berhubungan dengan tandatangan itu; dan
adalah boleh dipercayai sewajarnya memberikan maksud bagi, dan hal keadaan yang tandatangan itu dikehendaki.
Bagi maksud perenggan (1)(c), suatu tandatangan elektronik adalah sewajarnya boleh dipercayai jika—
cara menghasilkan tandatangan elektronik itu dikaitkan dengan dan di bawah kawalan orang itu sahaja;
apa-apa perubahan yang dibuat kepada tandatangan elektronik itu selepas masa penandatanganan itu boleh dikesan; dan
apa-apa perubahan yang dibuat kepada dokumen itu selepas masa penandatanganan itu boleh dikesan.
Perdagangan Elektronik 9
Akta Tandatangan Digital 1997 [Akta 562] hendaklah terus terpakai bagi apa-apa tandatangan digital yang digunakan sebagai suatu tandatangan elektronik dalam apa-apa urus niaga perdagangan.
Meterai
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, menetapkan apa-apa tandatangan elektronik lain yang memenuhi kehendak mengecapkan suatu meterai dalam suatu mesej elektronik.
Saksi
Jika mana-mana undang-undang menghendaki tandatangan seorang saksi pada suatu dokumen, kehendak undang-undang itu dipenuhi, jika dokumen itu adalah dalam bentuk suatu mesej elektronik, oleh suatu tandatangan elektronik saksi itu yang mematuhi kehendak seksyen 9.
Asal
wujud suatu jaminan yang boleh dipercayai mengenai integriti maklumat yang terkandung dalam mesej elektronik itu dari masa mesej elektronik itu mula-mula dihasilkan dalam bentuknya yang muktamad; dan
mesej elektronik itu boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya.
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 658
Bagi maksud perenggan (1)(a)—
kriteria bagi menilai integriti maklumat itu hendaklah sama ada maklumat itu kekal lengkap dan tidak diubah, selain penambahan apa-apa pengendorsan atau apa-apa perubahan yang timbul dalam perjalanan biasa komunikasi, penyimpanan dan paparan; dan
standard kebolehpercayaan yang dikehendaki hendaklah dinilai berpandukan kepada maksud dokumen itu dihasilkan dan berpandukan kepada semua hal keadaan lain yang berkaitan.
Penyimpanan dokumen
Jika mana-mana undang-undang menghendaki mana-mana dokumen disimpan, kehendak undang-undang itu dipenuhi dengan penyimpanan dokumen itu dalam bentuk suatu mesej elektronik jika mesej elektronik itu—
disimpan dalam format yang mesej elektronik ini dihasilkan, dihantar atau diterima, atau dalam suatu format yang tidak mengubah secara material maklumat yang terkandung dalam mesej elektronik yang asalnya telah dihasilkan, dihantar atau diterima;
boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya; dan
mengenal pasti asal usul dan destinasi mesej elektronik itu dan tarikh dan masa ia dihantar atau diterima.
Jika mana-mana undang-undang menghendaki apa-apa dokumen disimpan, disampaikan, dihantar atau diserahkan dalam lebih daripada satu salinan, kehendak undang-undang itu dipenuhi, jika dokumen itu adalah dalam bentuk suatu mesej elektronik, dengan penyimpanan, penyampaian, penghantaran atau penyerahan dokumen itu dalam satu salinan.
Perdagangan Elektronik 11
Bentuk yang ditetapkan
Jika mana-mana undang-undang menghendaki apa-apa dokumen dalam suatu bentuk yang ditetapkan, kehendak undang-undang itu dipenuhi oleh suatu dokumen dalam bentuk suatu mesej elektronik jika mesej elektronik itu—
diformat mengikut cara yang sama atau sebahagian besarnya sama dengan bentuk yang ditetapkan;
boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan bagi rujukan yang berikutnya; dan
untuk mengenal pasti asal usul, destinasi, masa dan tarikh penyampaian, penghantaran atau penyerahan; dan
Seksyen ini tidak terpakai bagi—
apa-apa notis ingkar, notis tuntutan, notis tunjuk sebab, notis pemilikan semula atau apa-apa notis yang seumpama yang dikehendaki untuk disampaikan sebelum memulakan suatu prosiding undang-undang; dan
mana-mana proses pemulaan, pliding, afidavit atau dokumen lain yang dikehendaki disampaikan menurut suatu prosiding undang-undang.
Bahagian IV
Anggapan mesej elektronik
Di antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan sebagai kepunyaan pemula jika mesej elektronik itu dihantar oleh—
orang yang mempunyai kebenaran untuk bertindak bagi pihak pemula berkenaan dengan mesej elektronik itu;
atau
suatu sistem memproses maklumat yang diprogramkan oleh, atau bagi pihak, pemula untuk beroperasi secara automatik.
Di antara pemula dengan penerima, penerima itu berhak untuk menganggap suatu mesej elektronik itu adalah kepunyaan pemula, dan untuk bertindak atas anggapan itu jika—
penerima memakai sewajarnya suatu kaedah pengesahan yang dipersetujui antara pemula dengan penerima untuk menentukan sama ada mesej elektronik itu adalah kepunyaan pemula; atau
mesej elektronik sebagaimana yang diterima oleh penerima adalah hasil tindakan seseorang yang hubungannya dengan pemula atau mana-mana agen pemula membolehkan orang itu mendapatkan capaian kepada suatu kaedah pengesahan yang digunakan oleh pemula untuk mengenal pasti mesej elektronik itu sebagai kepunyaannya.
Subseksyen (3) tidak terpakai jika—
penerima telah menerima suatu notis daripada pemula bahawa mesej elektronik itu bukanlah kepunyaan pemula dan mempunyai masa yang munasabah untuk bertindak sewajarnya; atau
penerima tahu atau sepatutnya tahu bahawa mesej elektronik itu bukanlah kepunyaan pemula jika dia telah menjalankan jagaan yang munasabah atau menggunakan apa-apa kaedah pengesahan yang dipersetujui antara pemula dengan penerima.
Kandungan mesej elektronik
Akta 658
Jika seseorang penerima menerima suatu mesej elektronik, penerima itu berhak untuk menganggap bahawa mesej elektronik itu sebagai mesej yang pemula berhasrat untuk menghantar, dan
Perdagangan Elektronik 13
bertindak atas anggapan itu, melainkan jika penerima tahu atau sepatutnya tahu, jika dia telah menjalankan jagaan yang munasabah atau menggunakan apa-apa tatacara yang dipersetujui, bahawa penghantaran mesej elektronik itu telah mengakibatkan apa-apa kesilapan dalam mesej elektronik yang diterima.
Setiap mesej elektronik dianggap berasingan
Jika seseorang penerima menerima suatu mesej elektronik, penerima berhak untuk menganggap bahawa setiap mesej elektronik yang diterima sebagai suatu mesej elektronik yang berasingan dan untuk bertindak atas anggapan itu, melainkan jika penerima tahu atau sepatutnya tahu, dia menjalankan jagaan yang munasabah atau menggunakan apa-apa tatacara yang dipersetujui, bahawa mesej elektronik itu merupakan suatu pendua.
Masa pengiriman
Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan dihantar bila mesej elektronik itu memasuki suatu sistem memproses maklumat di luar kawalan pemula.
Masa penerimaan
Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan diterima—
jika penerima telah menetapkan suatu sistem memproses maklumat bagi maksud menerima mesej elektronik, bila mesej elektronik itu memasuki sistem memproses maklumat yang ditetapkan itu; atau
jika penerima tidak menetapkan suatu sistem memproses maklumat bagi maksud menerima mesej elektronik, bila mesej elektronik itu sampai kepada pengetahuan penerima.
14
Undang-Undang Malaysia
Akta 658
Tempat pengiriman
Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan dihantar dari tempat perniagaan pemula, dan—
jika pemula mempunyai lebih daripada satu tempat perniagaan, dari tempat perniagaan yang mempunyai hubungan yang terdekat dengan urus niaga itu atau jika tiada tempat perniagaan yang mempunyai hubungan terdekat dengan urus niaga itu, dari tempat utama perniagaan pemula; atau
jika pemula tidak mempunyai suatu tempat perniagaan, dari tempat tinggal biasa pemula.
Tempat penerimaan
Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan diterima di tempat perniagaan penerima, dan—
jika penerima mempunyai lebih daripada satu tempat perniagaan, di tempat perniagaan yang mempunyai hubungan yang terdekat dengan urus niaga itu dan jika tiada tempat perniagaan yang mempunyai hubungan terdekat dengan urus niaga itu, dari tempat utama perniagaan penerima; atau
jika penerima tidak mempunyai suatu tempat perniagaan, dari tempat tinggal biasa penerima.
Pengakuterimaan
Jika pemula telah meminta atau bersetuju dengan penerima bahawa penerimaan mesej elektronik itu hendaklah diaku terima, mesej elektronik itu dianggap seolah-olah tidak pernah dihantar sehinggalah pengakuterimaan itu diterima.
Perdagangan Elektronik 15
Jika pemula tidak bersetuju dengan penerima bahawa pengakuterimaan itu hendaklah diberi dalam suatu bentuk tertentu atau melalui suatu cara yang tertentu, suatu pengakuterimaan boleh diberi melalui—
apa-apa kelakuan penerima yang mencukupi untuk menunjukkan kepada pemula bahawa mesej elektronik itu telah diterima.
Jika pengakuterimaan tidak diterima oleh pemula dalam masa yang ditentukan atau dipersetujui atau, jika tiada masa ditentukan atau dipersetujui, dalam suatu masa yang munasabah, pemula itu boleh—
memberi notis kepada penerima menyatakan bahawa tiada pengakuterimaan telah diterima dan menentukan suatu masa yang munasabah yang pengakuterimaan itu mesti diterima; dan
jika pengakuterimaan itu tidak diterima dalam masa yang ditentukan dalam perenggan (a), memberi notis kepada penerima untuk menganggap mesej elektronik itu seolah
olah tidak pernah dihantar dan menjalankan apa-apa hak lain yang dia ada.
Jika pemula menerima pengakuterimaan penerima, adalah dianggap bahawa mesej elektronik yang berkaitan telah diterima oleh penerima.
Jika pengakuterimaan yang diterima itu menyatakan bahawa mesej elektronik yang berkaitan memenuhi kehendak teknikal, sama ada yang dipersetujui atau dikemukakan dalam standard yang terpakai, adalah dianggap bahawa kehendak itu telah dipenuhi.
Bahagian V
Peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan
Akta ini.
16
Undang-Undang Malaysia
Akta 658
Jadual
[Seksyen 2]
Akta ini tidak terpakai bagi transaksi atau dokumen yang berikut:
1. Surat kuasa wakil
2. Pembentukan wasiat dan kodisil
3. Pembentukan amanah
4. Surat cara boleh niaga
Perdagangan Elektronik 17
Akta 658
AKTA perdagangan elektronik 2006
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
– Tiada –
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 658
Akta 658
AKTA perdagangan elektronik 2006
SENARAI seksyen yang dipinda
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
– Tiada –