Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Bentuk yang ditetapkan
Jika mana-mana undang-undang menghendaki apa-apa dokumen dalam suatu bentuk yang ditetapkan, kehendak undang-undang itu dipenuhi oleh suatu dokumen dalam bentuk suatu mesej elektronik jika mesej elektronik itu—
(a)
diformat mengikut cara yang sama atau sebahagian besarnya sama dengan bentuk yang ditetapkan;
(b)
boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan bagi rujukan yang berikutnya; dan
(c)
berupaya disimpan oleh orang yang satu lagi.
Penyampaian dan penyerahan