Malaysia legislation

Section 17

of AKTA PERDAGANGAN ELEKTRONIK 2006

Seksyen 17

(2)

Di antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan sebagai kepunyaan pemula jika mesej elektronik itu dihantar oleh—

(a)

orang yang mempunyai kebenaran untuk bertindak bagi pihak pemula berkenaan dengan mesej elektronik itu;

atau

(b)

suatu sistem memproses maklumat yang diprogramkan oleh, atau bagi pihak, pemula untuk beroperasi secara automatik.

(3)

Di antara pemula dengan penerima, penerima itu berhak untuk menganggap suatu mesej elektronik itu adalah kepunyaan pemula, dan untuk bertindak atas anggapan itu jika—

(a)

penerima memakai sewajarnya suatu kaedah pengesahan yang dipersetujui antara pemula dengan penerima untuk menentukan sama ada mesej elektronik itu adalah kepunyaan pemula; atau

(b)

mesej elektronik sebagaimana yang diterima oleh penerima adalah hasil tindakan seseorang yang hubungannya dengan pemula atau mana-mana agen pemula membolehkan orang itu mendapatkan capaian kepada suatu kaedah pengesahan yang digunakan oleh pemula untuk mengenal pasti mesej elektronik itu sebagai kepunyaannya.

(4)

Subseksyen (3) tidak terpakai jika—

(a)

penerima telah menerima suatu notis daripada pemula bahawa mesej elektronik itu bukanlah kepunyaan pemula dan mempunyai masa yang munasabah untuk bertindak sewajarnya; atau

(b)

penerima tahu atau sepatutnya tahu bahawa mesej elektronik itu bukanlah kepunyaan pemula jika dia telah menjalankan jagaan yang munasabah atau menggunakan apa-apa kaedah pengesahan yang dipersetujui antara pemula dengan penerima.

Kandungan mesej elektronik