Malaysia legislation

Section 18

of AKTA PERDAGANGAN ELEKTRONIK 2006

Seksyen 18

Akta 658

Jika seseorang penerima menerima suatu mesej elektronik, penerima itu berhak untuk menganggap bahawa mesej elektronik itu sebagai mesej yang pemula berhasrat untuk menghantar, dan

Perdagangan Elektronik 13

bertindak atas anggapan itu, melainkan jika penerima tahu atau sepatutnya tahu, jika dia telah menjalankan jagaan yang munasabah atau menggunakan apa-apa tatacara yang dipersetujui, bahawa penghantaran mesej elektronik itu telah mengakibatkan apa-apa kesilapan dalam mesej elektronik yang diterima.