Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PERDAGANGAN ELEKTRONIK 2006

Seksyen 19

Setiap mesej elektronik dianggap berasingan

Jika seseorang penerima menerima suatu mesej elektronik, penerima berhak untuk menganggap bahawa setiap mesej elektronik yang diterima sebagai suatu mesej elektronik yang berasingan dan untuk bertindak atas anggapan itu, melainkan jika penerima tahu atau sepatutnya tahu, dia menjalankan jagaan yang munasabah atau menggunakan apa-apa tatacara yang dipersetujui, bahawa mesej elektronik itu merupakan suatu pendua.

Section 19 — AKTA PERDAGANGAN ELEKTRONIK 2006 | mylaw.my