Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan dihantar dari tempat perniagaan pemula, dan—
(a)
jika pemula mempunyai lebih daripada satu tempat perniagaan, dari tempat perniagaan yang mempunyai hubungan yang terdekat dengan urus niaga itu atau jika tiada tempat perniagaan yang mempunyai hubungan terdekat dengan urus niaga itu, dari tempat utama perniagaan pemula; atau
(b)
jika pemula tidak mempunyai suatu tempat perniagaan, dari tempat tinggal biasa pemula.
Tempat penerimaan