Malaysia legislation

Section 23

of AKTA PERDAGANGAN ELEKTRONIK 2006

Seksyen 23

Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan diterima di tempat perniagaan penerima, dan—

(a)

jika penerima mempunyai lebih daripada satu tempat perniagaan, di tempat perniagaan yang mempunyai hubungan yang terdekat dengan urus niaga itu dan jika tiada tempat perniagaan yang mempunyai hubungan terdekat dengan urus niaga itu, dari tempat utama perniagaan penerima; atau

(b)

jika penerima tidak mempunyai suatu tempat perniagaan, dari tempat tinggal biasa penerima.

Pengakuterimaan