Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Jika pemula telah meminta atau bersetuju dengan penerima bahawa penerimaan mesej elektronik itu hendaklah diaku terima, mesej elektronik itu dianggap seolah-olah tidak pernah dihantar sehinggalah pengakuterimaan itu diterima.
Perdagangan Elektronik 15
(3)
Jika pemula tidak bersetuju dengan penerima bahawa pengakuterimaan itu hendaklah diberi dalam suatu bentuk tertentu atau melalui suatu cara yang tertentu, suatu pengakuterimaan boleh diberi melalui—
(a)
apa-apa komunikasi oleh penerima, automatik atau selainnya; atau
(b)
apa-apa kelakuan penerima yang mencukupi untuk menunjukkan kepada pemula bahawa mesej elektronik itu telah diterima.
(4)
Jika pengakuterimaan tidak diterima oleh pemula dalam masa yang ditentukan atau dipersetujui atau, jika tiada masa ditentukan atau dipersetujui, dalam suatu masa yang munasabah, pemula itu boleh—
(a)
memberi notis kepada penerima menyatakan bahawa tiada pengakuterimaan telah diterima dan menentukan suatu masa yang munasabah yang pengakuterimaan itu mesti diterima; dan
(b)
jika pengakuterimaan itu tidak diterima dalam masa yang ditentukan dalam perenggan (a), memberi notis kepada penerima untuk menganggap mesej elektronik itu seolah
olah tidak pernah dihantar dan menjalankan apa-apa hak lain yang dia ada.
(5)
Jika pemula menerima pengakuterimaan penerima, adalah dianggap bahawa mesej elektronik yang berkaitan telah diterima oleh penerima.
(6)
Jika pengakuterimaan yang diterima itu menyatakan bahawa mesej elektronik yang berkaitan memenuhi kehendak teknikal, sama ada yang dipersetujui atau dikemukakan dalam standard yang terpakai, adalah dianggap bahawa kehendak itu telah dipenuhi.