Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Tafsiran
“elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, photonik atau teknologi lain yang seumpama;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;
“mesej elektronik” ertinya suatu maklumat yang dihasilkan, dihantar, diterima atau disimpan melalui cara elektronik;
“pemula” ertinya seseorang yang melaluinya atau yang bagi pihaknya, suatu mesej elektronik dihasilkan atau dihantar;
“penerima” ertinya seseorang yang dimaksudkan oleh pemula untuk menerima suatu mesej elektronik;
Perdagangan Elektronik 7
“sistem memproses maklumat” ertinya suatu sistem elektronik untuk menghasilkan, menghantar, menerima, menyimpan atau memproses mesej elektronik;
“tandatangan elektronik” ertinya apa-apa huruf, aksara, nombor, bunyi atau apa-apa simbol lain atau apa-apa gabungannya yang dicipta dalam suatu bentuk elektronik yang diterima pakai oleh seseorang sebagai suatu tandatangan;
“urus niaga perdagangan” ertinya suatu komunikasi sehala atau komunikasi pelbagai yang bersifat perdagangan, sama ada berbentuk kontraktual atau tidak, termasuklah apa-apa perkara yang berhubungan dengan pembekalan atau pertukaran barang-barang atau perkhidmatan, agensi, pelaburan, kewangan, perbankan dan insurans.