Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 10

Jawatan seseorang anggota Pihak Berkuasa yang dilantik menurut perenggan 8(1)(d) menjadi kosong—

(a)

jika dia mati;

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 49; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda)

selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika dia menjadi bankrap;

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 664

(e)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi Bersama;

(f)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(g)

jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

Pengisian kekosongan