PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2007/664
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007 is Malaysia Act, cited as Act 664 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri
Johor, melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan—
bagi permulaan kuat kuasa Akta ini dalam kawasan atau bahagian yang berlainan di Wilayah Pembangunan
Iskandar;
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan
Akta ini dalam Wilayah Pembangunan Iskandar; atau
bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan
Akta ini dalam kawasan atau bahagian yang berlainan di Wilayah Pembangunan Iskandar.
Tafsiran
Kerajaan Persekutuan, atau mana-mana Kerajaan Negeri,
Pihak Berkuasa Negeri atau kerajaan tempatan; dan
mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, perbadanan atau diperbadankan, bagi
Kerajaan Persekutuan, atau bagi mana-mana Kerajaan
Negeri atau kerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau selainnya;
“jawatankuasa” ertinya suatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen 14;
“Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan” ertinya Jawatankuasa
Kelulusan dan Pelaksanaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 30;
“Jawatankuasa Perancang Negeri” ertinya Jawatankuasa Perancang bagi Negeri Johor yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];
“Kelulusan” ertinya lesen, permit atau pas, pendaftaran dan kelulusan lain termasuk yang berhubungan dengan kemasukan ke dalam, dan perlepasan dari, Malaysia, oleh warganegara bukan
Malaysia, dan bagi cukai, duti kastam dan eksais dan insentif fiskal lain, yang dikehendaki bagi atau berkaitan dengan perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar;
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 9
“Ketua Eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 18(1) dan termasuklah mana-mana pegawai yang diarahkan di bawah subseksyen 18(7) untuk melaksanakan kewajipan ketua pegawai eksekutif itu;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pihak Berkuasa
Wilayah Pembangunan Iskandar yang ditubuhkan di bawah seksyen 33;
“Kumpulan Wang Projek Sosial” ertinya Kumpulan Wang Projek
Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 37;
“Majlis Perancang Fizikal Negara” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;
“menetapkan” ertinya menetapkan melalui peraturan-peraturan;
“Menteri” ertinya Perdana Menteri;
“Menteri Besar” ertinya Menteri Besar Johor;
“Pengerusi Bersama” ertinya Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa yang dilantik menurut seksyen 8;
“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya yang dilantik di bawah seksyen 29;
“Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan
Iskandar yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“pihak berkuasa perancang tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;
“pihak berkuasa tempatan” ertinya pihak berkuasa tempatan bagi kawasan atau kawasan-kawasan dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar;
“Rancangan Pembangunan Komprehensif” ertinya Rancangan
Pembangunan Komprehensif bagi Wilayah Pembangunan
Iskandar, dan termasuklah apa-apa pengubahan kepada Rancangan
Pembangunan Komprehensif itu menurut kuasa seksyen 25; dan
“draf Rancangan Pembangunan Komprehensif” hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya;
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
“rancangan struktur” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dalam pemakaiannya bagi Negeri Johor;
“rancangan tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;
“tanah lapang” ertinya mana-mana tanah sama ada dikepung atau tidak yang disusun atur atau dirizabkan untuk disusun atur keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam;
“Wilayah Pembangunan Iskandar” ertinya kawasan atau kawasan
kawasan yang ditentukan oleh Menteri mengikut seksyen 15.
Bagi mengelakkan keraguan, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan atau mengehadkan bidang kuasa, kuasa dan fungsi Pihak Berkuasa Negeri Johor berhubung dengan perkara-perkara tanah dan kerajaan tempatan.
Bahagian II
Pihak Berkuasa adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Pihak Berkuasa boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 11
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Pihak Berkuasa.
Objektif Pihak Berkuasa
Objektif Pihak Berkuasa adalah untuk membangunkan Wilayah
Pembangunan Iskandar untuk menjadi suatu metropolis bertaraf antarabangsa yang kukuh dan mapan.
Fungsi Pihak Berkuasa
untuk menetapkan dasar, arah dan strategi negara berhubung dengan pembangunan dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar dan fungsi lain yang berkaitan dengannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IV;
untuk menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh Entiti Kerajaan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian V termasuk—
untuk bertindak sebagai ejen penyelaras utama atau ejen yang diberi kuasa berhubung dengan permohonan untuk mendapatkan Kelulusan yang berkenaan dengannya Pihak Berkuasa telah membuat suatu perjanjian atau perkiraan di bawah seksyen 31;
untuk mengesyorkan standard, garis panduan, amalan terbaik dan proses dan tatacara pentadbiran yang seragam yang hendaklah digunakan oleh Entiti
Kerajaan bagi Wilayah Pembangunan Iskandar;
dan
untuk memantau pelaksanaan standard, garis panduan, amalan terbaik dan proses dan tatacara pentadbiran yang seragam dalam memudahkan pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar;
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
untuk membuat pertanyaan, menjalankan kajian, mengumpul semak, menganalisis dan menyiarkan maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau berkaitan dengan pembangunan, perniagaan atau pelaburan dan untuk menyebarkan maklumat, statistik dan faktor itu kepada pelabur atau pelabur berpotensi, sama ada tempatan atau asing, dalam Wilayah Pembangunan Iskandar dan kepada
Entiti Kerajaan yang berkaitan;
untuk mengesyorkan kepada Entiti Kerajaan yang berkaitan dasar, undang-undang dan tindakan yang hendaklah terpakai bagi Wilayah Pembangunan Iskandar untuk meningkatkan daya saing antarabangsa bagi industri dan perdagangan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar;
untuk mengesyorkan kepada Entiti Kerajaan yang berkaitan insentif berhubung dengan cukai, duti kastam dan eksais dan insentif fiskal lain yang terpakai bagi pelabur dalam
Wilayah Pembangunan Iskandar;
untuk memajukan dan merangsang Wilayah Pembangunan
Iskandar sebagai suatu pusat perdagangan, pelaburan dan logistik, kawasan bebas duti dan destinasi pelancongan;
untuk memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar—
pembangunan ekonomi dan sosial;
pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial;
untuk memajukan pelaburan sektor swasta dalam pembangunan yang disebut dalam perenggan (g);
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 13
untuk merancang, melaksanakan secara berperingkat-peringkat dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut dalam perenggan (f) dan (g) dan apa-apa aktiviti lain dalam Wilayah Pembangunan Iskandar yang disifatkan oleh Pihak Berkuasa sebagai mempunyai kepentingan negara yang strategik atau mempunyai kepentingan negara; dan
untuk menjalankan mana-mana fungsi lain yang diberikan oleh atau di bawah Akta ini dan untuk melaksanakan mana-mana fungsi lain yang adalah tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam seksyen ini.
Kuasa Pihak Berkuasa
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, kuasa Pihak
untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang bersifat komersial atau perindustrian, aktiviti yang berhubungan dengan perdagangan, pelaburan, logistik, pelancongan, infrastruktur dan aktiviti penyelidikan dan latihan, yang penjalanannya didapati oleh Pihak Berkuasa adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
untuk mendayausahakan dan menjalankan kajian mengenai kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan untuk mencadangkan rancangan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan kajian untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula dapat dilaksanakan;
semua Entiti Kerajaan yang berkaitan untuk memberikan apa-apa bantuan dan mengemukakan apa-apa maklumat yang ada dalam milikan mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa untuk membolehkan Pihak Berkuasa menjalankan fungsi yang disebut dalam perenggan 5(c); dan 14
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
semua Entiti Kerajaan, syarikat dan perbadanan, dan badan dan orang lain, sama ada tempatan atau asing, yang terlibat dalam menjalankan atau berniat untuk menjalankan pembangunan dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar untuk mengemukakan laporan, yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh Pihak
Berkuasa, berkenaan dengan aktiviti mereka atau aktiviti yang dicadangkan oleh mereka;
untuk menyelaraskan pembangunan, termasuk pembangunan harta, infrastruktur dan kemudahan awam dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar;
untuk membuat syor kepada Pihak Berkuasa Negeri Johor dan pihak berkuasa tempatan dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar berhubung dengan fungsi dan perkhidmatan kerajaan tempatan termasuk kawalan perancangan tempatan dan pengawalseliaan, kelulusan atau kawalan semua bangunan dan pengendalian bangunan, pembaikan dan penghapusan bangunan puing dan berbahaya, dan larangan, penutupan dan perobohan bangunan yang mempunyai kelas, reka bentuk atau rupa tertentu dalam
Wilayah Pembangunan Iskandar;
untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen yang diberi kuasa bagi, atau selainnya bertindak bersama dengan atau bagi pihak, mana-mana Entiti Kerajaan, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang, sama ada tempatan atau asing;
untuk menghubungi secara langsung atau tidak langsung mana-mana pelabur atau pelabur berpotensi, sama ada tempatan atau asing, dengan tujuan untuk menggalakkan pelaburan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar;
untuk memajukan dan menyelaraskan penjalanan aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) oleh mana-mana Entiti Kerajaan atau orang, sama ada tempatan atau asing;
untuk menubuhkan atau mengembangkan, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Pihak Berkuasa atau secara bebas;
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 15
untuk mengunderait atau selainnya memperoleh dan memegang apa-apa sekuriti dan untuk melupuskan sekuriti itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa;
tertakluk kepada dan mengikut mana-mana undang-undang bertulis, untuk menubuhkan, menguruskan dan mengendalikan apa-apa kumpulan wang pelaburan, sama ada yang berhubungan dengan harta, saham, syer atau selainnya, dan untuk membubarkan kumpulan wang pelaburan itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa;
untuk memohon bagi dan menerima pemberimilikan atau pemindahan hakmilik tanah dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar bagi pembangunan;
untuk melupuskan aset modal dan untuk menggunakan hasil daripada pelupusan itu;
untuk melantik mana-mana ejen sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;
untuk mengenakan fi, kos, levi, sumbangan atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi memberi kesan kepada mana-mana fungsi atau kuasanya; dan
untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Fungsi tambahan Pihak Berkuasa
Berkuasa hendaklah termasuk kuasa—
Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan ke atas dan kuasa yang terletak hak pada Pihak Berkuasa oleh Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mengusahakan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang diserahkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan, atau Kerajaan Negeri Johor dengan kelulusan Menteri, dan dalam melakukan sedemikian
Pihak Berkuasa hendaklah disifatkan sebagai memenuhi maksud
Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Pihak
Berkuasa berkenaan dengan pengusahaan fungsi itu, penjalanan kuasa itu dan perbelanjaan wang itu:
Dengan syarat bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpan berasingan dan terpisah daripada akaun Kumpulan Wang.
16
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
Keanggotaan Pihak Berkuasa
dua orang Pengerusi Bersama, seorang daripadanya ialah Perdana Menteri dan seorang lagi ialah Menteri
Besar;
Ketua Setiausaha Perbendaharaan; dan
Setiausaha Kerajaan Negeri bagi Negeri Johor;
dan
dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh
Menteri dengan persetujuan Menteri Besar, yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan perbankan, kewangan, perancangan, kerajaan tempatan, perdagangan, perniagaan atau pentadbiran, atau selainnya sesuai untuk pelantikan kerana pengetahuan, pengalaman atau kelayakan akademik mereka yang khusus, seorang daripadanya hendaklah daripada sektor perbankan, kewangan atau perdagangan swasta.
Timbalan Perdana Menteri hendaklah menjadi anggota silih ganti kepada Perdana Menteri untuk mempengerusikan, sebagai ganti Perdana Menteri, sesuatu mesyuarat Pihak Berkuasa jika
Perdana Menteri tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
Apabila mempengerusikan sesuatu mesyuarat Pihak Berkuasa,
Timbalan Perdana Menteri hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai salah seorang daripada Pengerusi Bersama.
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 17
Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan
Pelantikan mana-mana anggota menurut perenggan 8(1)(d)
boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri, dengan persetujuan Menteri Besar, tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
Seseorang anggota yang dilantik menurut perenggan 8(1)(d)
boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri.
Pengosongan jawatan
Jawatan seseorang anggota Pihak Berkuasa yang dilantik menurut perenggan 8(1)(d) menjadi kosong—
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 49; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda)
selama lebih daripada dua tahun;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi Bersama;
Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota Pihak
Berkuasa oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai.
Saraan atau elaun
Maka hendaklah dibayar kepada anggota Pihak Berkuasa apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
Penzahiran kepentingan
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Pihak Berkuasa,
Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 19
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Pihak
Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
Mana-mana anggota Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua
duanya.
Tiada tindakan atau prosiding Pihak Berkuasa, Jawatankuasa
Kelulusan dan Pelaksanaan atau sesuatu jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Pihak Berkuasa,
Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa itu telah melanggar seksyen ini.
Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota
Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau sesuatu jawatankuasa, termasuklah—
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan
“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Pihak Berkuasa,
Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau sesuatu jawatankuasa, ertinya—
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau anggota keluarganya merupakan seorang benefisiari; atau
mana-mana perbadanan mengikut pengertian
Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau anggota keluarganya merupakan seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.
Pihak Berkuasa boleh menubuhkan jawatankuasa
Pihak Berkuasa boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
Pihak Berkuasa boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
Pihak Berkuasa boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 21
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—
minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa secepat yang dapat dilaksanakan.
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah, jika telah ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang
undang tanpa bukti selanjutnya.
Tiap-tiap mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat mengikut subseksyen (11)
dan (12) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya, bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, sesuatu jawatankuasa;
atau
ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
Wilayah Pembangunan Iskandar
Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain, adalah menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa untuk melaksanakan, dalam
Wilayah Pembangunan Iskandar, fungsi yang diperuntukkan oleh
Akta ini.
Pewakilan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa
Tanpa menjejaskan subseksyen (1) dan peruntukan lain Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mewakilkan kepada seorang anggota
Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau suatu jawatankuasa atau seorang pegawai Pihak Berkuasa, kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang, Kumpulan
Wang Projek Sosial atau apa-apa wang lain yang terletak hak pada dan di bawah kawalan Pihak Berkuasa hingga ke apa-apa tahap yang hendaklah dinyatakan oleh Pihak Berkuasa.
Anggota Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan
Pelaksanaan atau suatu jawatankuasa atau seorang pegawai, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diwakilkan dengan fungsi atau kuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh
Pihak Berkuasa dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 23
Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Pihak Berkuasa.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Pihak
Berkuasa daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada
Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana
mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti-aktiviti Pihak Berkuasa sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya.
Laporan di bawah subseksyen (2) hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Pihak Berkuasa sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Bahagian III
BERKUASA
Ketua Eksekutif
Ketua Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi—
penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi, aktiviti dan hal ehwal hari ke hari Pihak Berkuasa;
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa.
Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa.
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Pihak Berkuasa.
Jika Ketua Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, Pihak
Berkuasa boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain untuk melaksanakan kewajipan Ketua Eksekutif semasa ketidakhadiran atau ketidakupayaan buat sementara itu.
Pengambilan khidmat pegawai dan pekhidmat lain Pihak
Berkuasa
Tiada seorang pun layak untuk diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Pihak Berkuasa jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau menerusi pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 25
Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa.
Bantuan kewangan kepada anggota, pegawai, pekhidmat dan orang lain
Pihak Berkuasa boleh memberikan—
bayaran faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa kepada pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa;
subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perumahan atau kenderaan, dan pembiayaan atau pinjaman belas kasihan lain, kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak
Berkuasa;
subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perubatan kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa, dan orang tanggungan mereka;
kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud pendidikan atau biasiswa kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa atau mana-mana orang lain; dan
derma kepada mana-mana orang, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh
Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb.
Pihak Berkuasa boleh menerima pakai dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut apa-apa peraturan, kaedah, dasar, surat pekeliling dan arahan yang dibuat atau dikeluarkan oleh
Kerajaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah
Bahagian ini.
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
Bahagian IV
DALAM WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR
Tanggungjawab Pihak Berkuasa
memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut apa-apa cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar;
dan
dasar negara bagi pemajuan dan kawalan penggunaan tanah; dan
dasar am Pihak Berkuasa Negeri Johor berkenaan dengan perancangan pembangunan dan kegunaan tanah dan bangunan.
Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain Akta ini, dalam menjalankan tanggungjawabnya di bawah subseksyen (1),
Pihak Berkuasa hendaklah—
membantu Jawatankuasa Perancang Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan untuk menyelaraskan pembangunan dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar, dan bagi maksud ini, Pihak Berkuasa hendaklah menyediakan suatu Rancangan Pembangunan Komprehensif dan merumuskan strategi dan inisiatif bagi pelaksanaan
Rancangan Pembangunan Komprehensif dalam sektor swasta dan awam untuk diterima pakai oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu menurut subseksyen 24(4);
menyepadukan dasar dan strategi perancangan Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor dan pihak berkuasa perancang tempatan setakat yang dasar dan strategi perancangan itu boleh terpakai bagi atau berkaitan dengan
Wilayah Pembangunan Iskandar;
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 27
melaksanakan strategi dan inisiatif bagi pembangunan perdagangan dan pemasaran antarabangsa, dan tarikan pelaburan ke Wilayah Pembangunan Iskandar, mengikut
Rancangan Pembangunan Komprehensif;
mengenal pasti infrastruktur yang diperlukan untuk mengekalkan dan mengembangkan ekonomi di Wilayah
Pembangunan Iskandar mengikut Rancangan Pembangunan
Komprehensif, membangunkan dan mengesyorkan strategi dan inisiatif bagi penyediaan infrastruktur itu, menerima dan menyalurkan apa-apa wang yang diuntukkan oleh Parlimen bagi penyediaan infrastruktur itu dan memantau pembinaan, pelaksanaan, pengendalian dan penyenggaraannya;
mengesyorkan kriteria yang hendaklah dipenuhi oleh
Entiti Kerajaan dan kontraktor swasta berhubung dengan penyediaan, atau keupayaan untuk menyediakan, infrastruktur atau perkhidmatan yang diperlukan, mengikut
Rancangan Pembangunan Komprehensif, bagi pembangunan ekonomi di Wilayah Pembangunan Iskandar;
mengenal pasti kemahiran yang diperlukan bagi pengekalan dan pengembangan ekonomi di Wilayah Pembangunan
Iskandar dan membangunkan strategi bagi memastikan bahawa kemahiran itu dibina dan dikekalkan; dan
menyepadukan penyelidikan saintifik dan teknologi dan pengeksploitan komersialnya dalam rangka ekonomi
Wilayah Pembangunan Iskandar.
Penyediaan draf Rancangan Pembangunan Komprehensif
Draf Rancangan Pembangunan Komprehensif hendaklah mengandungi pernyataan bertulis dan—
hendaklah merumuskan, dengan terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangannya bagi rangka keseluruhan, wawasan dan objektif pembangunan
Wilayah Pembangunan Iskandar, yang hendaklah termasuk strategi bagi pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial di Wilayah Pembangunan Iskandar;
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
hendaklah merumuskan, dengan terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangannya bagi inisiatif perancangan dan pelaksanaan untuk merealisasikan strategi yang disebut dalam perenggan
fungsi Pihak Berkuasa di bawah perenggan 5(b)
dan (d);
pengurusan dan pemajuan pembandaran di Wilayah
Pembangunan Iskandar;
perlindungan, pemeliharaan dan peningkatan sumber alam sekitar semula jadi, sumber pertanian, taman dan tanah lapang dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar;
pembangunan kawasan pantai dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar berseimbang dengan perlindungan persekitaran pantai semula jadi;
penggiatan semula dan peningkatan persekitaran ekonomi, sosial dan fizikal Pusat Bandar Johor
Bahru;
penyediaan, pengintegrasian dan penyelarasan infrastruktur bandar dan perkhidmatan kemudahan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar;
pembaikan perhubungan bandar dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar bagi pergerakan barang-barang dan manusia;
pemajuan pembangunan berorientasikan pengangkutan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar; dan
pembangunan komersial yang disasarkan,
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 29
yang hendaklah selaras dengan rangka keseluruhan, wawasan, objektif dan strategi yang disebut dalam perenggan (a); dan
boleh merumuskan, dengan terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangan, dasar dan strateginya yang terpakai bagi kawasan di sekeliling
Wilayah Pembangunan Iskandar setakat yang cadangan, dasar dan strategi itu semunasabahnya dikehendaki untuk mencapai cadangan yang disebut dalam perenggan (a)
dan (b); dan tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, cadangan, dasar dan strategi yang terpakai bagi kawasan di sekeliling Wilayah Pembangunan Iskandar boleh termasuk perkara yang berhubungan dengan keselamatan, perlindungan dan pembaikan alam sekitar dan pemeliharaan sumber semula jadi.
Draf Rancangan Pembangunan Komprehensif hendaklah mengandungi, atau disertakan dengan, apa-apa peta, gambar rajah, ilustrasi, laporan, lukisan, model dan bahan perihalan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa bagi maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam Rancangan
Pembangunan Komprehensif, atau sebagaimana yang dalam apa-apa hal tertentu dinyatakan dalam arahan yang diberikan oleh
Jawatankuasa Perancang Negeri; dan peta, gambar rajah, ilustrasi, laporan, lukisan, model dan bahan perihalan itu hendaklah dikira sebagai menjadi sebahagian daripada Rancangan Pembangunan
Komprehensif.
Dalam merumuskan cadangannya dalam draf Rancangan
Pembangunan Komprehensif, Pihak Berkuasa hendaklah berunding dengan Majlis Perancang Fizikal Negara, Jawatankuasa Perancang
Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar, dan memastikan bahawa cadangan itu pada amnya mematuhi rancangan struktur sebagaimana keadaannya pada masa ini, sama ada ia telah berkuat kuasa atau belum, dan hendaklah memberi perhatian kepada—
apa-apa maklumat dan pertimbangan lain yang pada pendapatnya berkaitan, atau yang Majlis Perancang Fizikal
Negara atau Jawatankuasa Perancang Negeri dalam apa
apa hal tertentu mengarahkannya untuk mengambil kira;
dan
dasar negara, Negeri Johor dan serantau di mana-mana yang berkaitan.
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
Kelulusan atau penolakan draf Rancangan Pembangunan
Komprehensif
Jika Jawatankuasa Perancang Negeri berpendapat bahawa draf Rancangan Pembangunan Komprehensif atau mana-mana bahagian daripadanya tidak disediakan mengikut kehendak subseksyen 23(4), Jawatankuasa Perancang Negeri boleh menahan kelulusannya kepada draf Rancangan Pembangunan Komprehensif itu sehinggalah kehendak itu telah dipenuhi.
Pihak Berkuasa hendaklah menyiarkan fakta kelulusan draf Rancangan Pembangunan Komprehensif oleh Jawatankuasa
Perancang Negeri—
di laman web internet Pihak Berkuasa, dalam bahasa kebangsaan dan Inggeris, bersama dengan Rancangan
Pembangunan Komprehensif yang diluluskan; dan
dalam tiga keluaran sekurang-kurangnya satu surat khabar tempatan dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar tempatan dalam bahasa Inggeris, bersama dengan tanda yang dengannya Rancangan Pembangunan
Komprehensif yang diluluskan boleh dikenal pasti dan dengan suatu pernyataan tentang tempat di mana
Rancangan Pembangunan Komprehensif yang diluluskan itu boleh diperiksa.
Selepas Rancangan Pembangunan Komprehensif telah diluluskan—
berhubung dengan mana-mana kawasan dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar yang baginya suatu rancangan tempatan masih belum menerima persetujuan Pihak
Berkuasa Negeri Johor, Jawatankuasa Perancang
Negeri hendaklah memberikan suatu arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di bawah perenggan 12(3)(b) dan subseksyen 12(8) Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 untuk memasukkan ke dalam draf rancangan tempatan bagi kawasan itu apa-apa kandungan Rancangan Pembangunan Komprehensif yang diluluskan sebagaimana yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Jawatankuasa Perancang Negeri; dan
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 31
berhubung dengan mana-mana kawasan dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar yang baginya suatu rancangan tempatan telah menerima persetujuan Pihak Berkuasa
Negeri Johor, Jawatankuasa Perancang Negeri hendaklah memberikan suatu arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di bawah subseksyen 16(2) Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 untuk mengubah rancangan tempatan itu dengan memasukkan apa-apa kandungan Rancangan Pembangunan Komprehensif yang diluluskan itu sebagaimana yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Jawatankuasa Perancang Negeri.
Kajian semula atau pengubahan Rancangan Pembangunan
Komprehensif
Seksyen 24 hendaklah terpakai, dengan ubah suaian yang perlu, berhubung dengan suatu pengubahan Rancangan Pembangunan
Komprehensif sebagaimana seksyen itu terpakai berhubung dengan penyediaan draf Rancangan Pembangunan Komprehensif.
Kewajipan untuk mengambil tahu tentang Rancangan
Pembangunan Komprehensif yang diluluskan
Menjadi kewajipan tiap-tiap Entiti Kerajaan dan orang, sama ada tempatan atau asing, untuk mengambil tahu tentang, dan bertindak mengikut cara yang selaras dengan—
kandungan Rancangan Pembangunan Komprehensif yang diluluskan yang tidak dimasukkan ke dalam suatu rancangan tempatan menurut subseksyen 24(4) dalam melaksanakan fungsi dan kewajipannya, dalam menjalankan kuasanya, dan dalam menjalankan aktivitinya, dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar; dan
kandungan Rancangan Pembangunan Komprehensif yang diluluskan sebagaimana yang diperihalkan dalam perenggan 23(2)(c) yang tidak dimasukkan ke dalam suatu rancangan tempatan menurut subseksyen 24(4), jika ada, dalam melaksanakan fungsi dan kewajipannya, dalam menjalankan kuasanya, dan dalam menjalankan aktivitinya di kawasan sekeliling Wilayah Pembangunan Iskandar.
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
Pembangunan strategik yang ditetapkan
Mana-mana orang atau Entiti Kerajaan yang berniat untuk menjalankan—
apa-apa pembangunan dalam kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan, hendaklah mula-mula sekali merujuk cadangan pembangunan itu kepada Pihak Berkuasa untuk mendapatkan arahannya sebelum menjalankan pembangunan yang dicadangkan itu.
Arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2) adalah untuk memastikan pematuhan dan keselarasan dengan kandungan
Rancangan Pembangunan Komprehensif yang diluluskan yang tidak dimasukkan ke dalam suatu draf rancangan tempatan menurut subseksyen 24(4).
Bahagian V
WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR
Agensi penyelaras utama
bertindak sebagai ejen penyelaras utama atau ejen yang diberi kuasa bagi pihak Entiti Kerajaan yang berkaitan berhubung dengan penerimaan, pemprosesan dan pencepatan
Kelulusan dan tindakan pentadbiran yang diperlukan berkaitan dengan permohonan untuk mendapatkan
Kelulusan yang berkenaan dengannya Pihak Berkuasa telah membuat suatu perjanjian atau perkiraan di bawah seksyen 31; dan
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 33
memberikan perkhidmatan pentadbiran dan bantuan kepada
Pihak Berkuasa Negeri Johor berkaitan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan tanah dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar.
Pihak Berkuasa boleh, dalam menjalankan peranan yang disebut dalam perenggan (1)(a)—
mengenakan ke atas pemohon bagi Kelulusan apa-apa fi, kos, levi, sumbangan atau apa-apa caj lain sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa; dan
bagi pihak Entiti Kerajaan yang berkaitan, memungut daripada pemohon bagi Kelulusan apa-apa fi, kos, levi, sumbangan atau apa-apa caj lain sebagaimana yang dikehendaki dengan sah oleh Entiti Kerajaan itu berkaitan dengan permohonan itu.
Pesuruhjaya Persekutuan dan Negeri
Wilayah Pembangunan Iskandar—
Sekurang-kurangnya seorang daripada Pesuruhjaya itu hendaklah diberi kuasa oleh Kerajaan Persekutuan untuk berhubung dengan dan menyelaraskan semua kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, perbadanan atau diperbadankan, Kerajaan
Persekutuan yang berkaitan untuk mempercepat pengeluaran atau pemberian semua Kelulusan yang dikehendaki atau yang ada di bawah undang-undang persekutuan.
Sekurang-kurangnya seorang daripada Pesuruhjaya itu hendaklah diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri Johor untuk berhubung dengan dan menyelaraskan semua jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, perbadanan atau diperbadankan, Kerajaan Negeri Johor yang berkaitan untuk mempercepat pengeluaran atau pemberian semua
Kelulusan yang dikehendaki atau yang ada di bawah undang-undang Negeri Johor.
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan
seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;
Yang Dipertua bagi tiap-tiap pihak berkuasa tempatan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar; dan
Pihak Berkuasa boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) hingga (f), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa itu jika anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
Apabila menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Jawatankuasa itu.
Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah bertanggungjawab bagi—
mengenal pasti cadangan pembangunan dan pelaburan yang utama atau strategik dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar;
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 35
memantau status semua Kelulusan berhubung dengan cadangan pembangunan dan pelaburan yang utama atau strategik itu;
menyelaraskan peranan dan aktiviti semua Entiti Kerajaan yang berkaitan untuk mempercepat pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan yang utama atau strategik itu;
mengenal pasti apa-apa kesulitan atau isu yang timbul semasa pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan yang utama atau strategik itu, dan mengambil atau mengesyorkan langkah dan tindakan pentadbiran yang sesuai untuk menyelesaikan kesulitan atau isu itu;
melaporkan status pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan yang utama atau strategik itu kepada
Pihak Berkuasa; dan
melaksanakan mana-mana fungsi atau kewajipan lain yang diwakilkan kepadanya oleh Pihak Berkuasa menurut perenggan 16(1)(c).
Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada Jawatankuasa itu oleh Pihak Berkuasa.
Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi Jawatankuasa itu.
Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah menyebabkan—
minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa secepat yang dapat dilaksanakan.
Apa-apa minit yang dibuat semasa mesyuarat Jawatankuasa
Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
36
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
Tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat mengikut subseksyen (8) dan (9) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Anggota Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Jawatankuasa
Kelulusan dan Pelaksanaan; atau
ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Perkiraan dengan Entiti Kerajaan
penjalanan oleh Pihak Berkuasa dan Entiti Kerajaan itu mana-mana fungsi dan kuasa mereka masing-masing;
penjalanan atau penyediaan apa-apa kerja atau perkhidmatan oleh Pihak Berkuasa bagi Entiti Kerajaan itu atau oleh
Entiti Kerajaan itu bagi Pihak Berkuasa; atau
pemungutan oleh Pihak Berkuasa bagi pihak Entiti Kerajaan itu apa-apa fi, kos, levi, sumbangan atau apa-apa caj lain sebagaimana yang dikehendaki, dicajkan atau dikenakan dengan sah oleh Entiti Kerajaan itu.
Mana-mana perjanjian atau perkiraan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah—
dengan keizinan Pihak Berkuasa Negeri Johor dalam hal sesuatu Entiti Kerajaan Negeri Johor; dan
tertakluk kepada dan mengikut undang-undang yang mengawal kuasa dan fungsi Entiti Kerajaan yang berkaitan.
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 37
Tanggungjawab Entiti Kerajaan
Kerajaan berkenaan dengan—
bekerjasama dengan dan membantu Pihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsi Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
jika berkaitan, merujuk dan menggunakan maklumat, statistik dan faktor yang disebarkan oleh Pihak Berkuasa di bawah perenggan 5(c) dalam melaksanakan fungsi dan kewajipannya, dalam menjalankan kuasanya, dan dalam menjalankan aktivitinya, dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar; dan
memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada dasar, undang-undang dan tindakan yang dicadangkan yang hendaklah terpakai bagi Wilayah Pembangunan Iskandar sebagaimana yang disyorkan oleh Pihak Berkuasa di bawah perenggan 5(d).
Bahagian VI
Kumpulan Wang
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;
apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Pihak Berkuasa daripada pinjaman yang dibuat oleh Pihak Berkuasa;
semua wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
semua wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, kumpulan wang pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Pihak Berkuasa;
38
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
apa-apa harta, pelaburan, kumpulan wang pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Pihak Berkuasa;
jumlah wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;
fi, kos, levi, sumbangan dan caj lain yang dikenakan oleh
Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
semua wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
semua jumlah wang atau harta lain, selain jumlah wang yang disebut dalam perenggan 28(2)(b) dan subseksyen 37(2), yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Pihak Berkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya; dan
semua wang lain yang diterima dengan sah oleh Pihak
Berkuasa.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Pihak Berkuasa, termasuk fi dan kos ukur dan guaman dan fi dan kos lain;
membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota
Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, mana-mana jawatankuasa, pegawai dan pekhidmat Pihak
Berkuasa termasuk memberi pinjaman dan bayaran pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan, pencen dan ganjaran;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sah oleh
Pihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 39
membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan aset lain, dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;
pada amnya membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Pemeliharaan Kumpulan Wang
Menjadi kewajipan Pihak Berkuasa untuk memelihara
Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Pihak Berkuasa mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Kumpulan wang rizab
Pihak Berkuasa hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang.
Kumpulan Wang Projek Sosial
Kumpulan Wang Projek Sosial hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang disumbangkan atau didermakan dari semasa ke semasa bagi maksud Kumpulan Wang
Projek Sosial oleh mana-mana orang, perbadanan atau entiti lain; dan 40
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
jumlah wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa bagi maksud Kumpulan Wang Projek Sosial.
Kumpulan Wang Projek Sosial hendaklah dibelanjakan bagi projek, skim dan pengusahaan yang, pada pendapat Pihak
Berkuasa, adalah bagi manfaat am komuniti Wilayah Pembangunan
Iskandar dan selaras dengan strategi dan inisiatif dalam Rancangan
Pembangunan Komprehensif yang berhubungan dengan pembangunan sosial, dan yang boleh, bagi mengelakkan keraguan, termasuk projek, skim dan pengusahaan bagi memajukan kesenian dan kebudayaan.
Akaun bank
Pihak Berkuasa hendaklah membuka dan menyenggarakan akaun atau akaun-akaun dengan mana-mana bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa, dan tiap-tiap akaun hendaklah dikendalikan dengan seberapa yang boleh dilaksanakan melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa bagi maksud itu dari semasa ke semasa.
Kuasa untuk meminjam
Pihak Berkuasa boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Kerajaan Persekutuan, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang, dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan, difikirkannya suai manfaat, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 41
pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
penebusan apa-apa syer atau saham yang Pihak Berkuasa dikehendaki atau berhak menebusnya; dan
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.
Pelaburan
Wang Pihak Berkuasa, setakat yang wang itu tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Pihak Berkuasa di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh
Menteri.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Pihak
Berkuasa hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan, bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri.
Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Pihak Berkuasa amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.
Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Menteri boleh mengarahkan Pihak Berkuasa supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.
42
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
Tahun kewangan
Tahun kewangan Pihak Berkuasa hendaklah bermula pada 1
Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.
Bahagian VII
Kuasa untuk mengambil khidmat
Pihak Berkuasa boleh mengambil khidmat, melantik dan membayar ejen, kontraktor dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan, untuk menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan, atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud
Akta ini dengan lebih baik.
Kuasa untuk menubuhkan syarikat
Syarikat 1965 untuk menjalankan dan menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Pihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya.
Kesalahan kerana memberikan maklumat palsu atau mengelirukan
Jika seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah seorang yang profesionnya dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis, dia boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Kesalahan bagi pengubahsuaian tanpa kuasa maklumat dalam jagaan Pihak Berkuasa
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 43
Bagi maksud seksyen ini—
apa-apa maklumat, statistik atau data yang tertentu;
apa-apa maklumat, statistik atau data yang disimpan di mana-mana lokasi tertentu;
adalah tidak material sama ada sesuatu pengubahsuaian tanpa kuasa menjadi, atau diniatkan menjadi, kekal atau hanya sementara;
maklumat, statistik atau data itu diubah atau dipadamkan;
apa-apa maklumat, statistik atau data baru dimasukkan atau ditambahkan kepada maklumat, statistik atau data itu; atau
apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan Pihak Berkuasa untuk mendapatkan capaian kepada maklumat, statistik atau data itu, dan termasuklah apa-apa perbuatan yang menyumbang kepada berlakunya pengubahsuaian itu.
44
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, atau didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574].
Pengecualian daripada duti setem
Pihak Berkuasa dan tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan oleh
Pihak Berkuasa adalah dikecualikan daripada pembayaran duti setem di bawah Akta Setem 1949 [Akta 378].
Obligasi kerahsiaan
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap—
mana-mana anggota Pihak Berkuasa, mana-mana anggota
Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa; atau
mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak Pihak Berkuasa, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pihak Berkuasa atau terhadap mana-mana anggota Pihak Berkuasa, mana-mana anggota Jawatankuasa
Kelulusan dan Pelaksanaan, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dilakukan atau yang ditinggalkan olehnya atas sifat yang sedemikian.
Pekhidmat awam
Tiap-tiap anggota Pihak Berkuasa atau Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa, semasa menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
Pewakilan dalam prosiding sivil
dalam mana-mana prosiding sivil yang lain yang Pihak
Berkuasa dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar,
46
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa bagi maksud itu boleh, bagi pihak Pihak Berkuasa, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Pihak Berkuasa.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan
peraturan boleh dibuat bagi—
memantau pembangunan tanah dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar dan pada amnya membuat peruntukan bagi pembangunan tanah yang teratur dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar;
menetapkan cara yang apa-apa perihalan dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Pihak Berkuasa;
mengenakan fi, kos, levi, sumbangan atau apa-apa caj lain dalam apa-apa hal yang ditentukan oleh Pihak
Berkuasa;
mengadakan peruntukan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan syer, saham, bon atau debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang didapati oleh Pihak
Berkuasa perlu atau suai manfaat, dan, khususnya, bagi mengawal selia kaedah pengeluaran, pemindahan hakmilik, penebusan atau urusan lain mengenai syer, saham, bon atau debentur itu;
menetapkan perihalan atau jenis pembangunan strategik yang ditetapkan atau kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan bagi maksud seksyen 27;
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 47
menetapkan cara dan terma dan syarat yang bantuan kewangan boleh diberikan oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen 20;
menetapkan butir-butir bentuk dan kandungan Rancangan
Pembangunan Komprehensif, tatacara yang hendaklah diikuti dalam penyediaan, pengemukaan dan kelulusannya;
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam membuat perjanjian atau perkiraan dengan Entiti Kerajaan menurut seksyen 31;
menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pentadbiran Kumpulan Wang Projek Sosial; dan
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya peruntukan Akta ini.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh menetapkan denda selanjutnya sebanyak lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini diperbuat
Segala perbuatan dan perkara yang dilakukan bagi pihak
Pihak Berkuasa sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukan itu selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Pihak Berkuasa.
48
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
Pencegahan anomali
Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Dalam seksyen ini, “ubah suaian” ertinya pindaan, tambahan, pemotongan dan penggantian mana-mana peruntukan Akta ini.
Jadual
[Subseksyen 8(4)]
Mesyuarat
1. (1) Pihak Berkuasa hendaklah bermesyuarat pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi Bersama.
Pengerusi Bersama hendaklah mempengerusikan mesyuarat Pihak
Berkuasa.
Pengerusi Bersama yang mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa di bawah subperenggan (2) dan empat orang anggota lain hendaklah membentuk suatu kuorum pada mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa.
Tertakluk kepada subperenggan (5), tiap-tiap anggota yang hadir pada mesyuarat Pihak Berkuasa berhak mendapat satu undi.
Bagi mengelakkan keraguan, dalam semua mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Bersama, undi Pengerusi Bersama hendaklah dikira sebagai satu.
Jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh Pihak Berkuasa terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi Bersama hendaklah mempunyai undi pemutus.
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 49
Pihak Berkuasa boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
2. (1) Pihak Berkuasa boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Pihak Berkuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang diundang sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan itu.
Mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Pihak Berkuasa di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak
Berkuasa.
Ketetapan tanpa mesyuarat
3. (1) Suatu ketetapan dianggap telah diluluskan dalam sesuatu mesyuarat
Pihak Berkuasa jika—
semua anggota Pihak Berkuasa telah dimaklumkan mengenai ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah diambil untuk memberitahu semua anggota Pihak Berkuasa mengenai ketetapan yang dicadangkan itu; dan
tanpa bermesyuarat, semua anggota Pihak Berkuasa menandakan persetujuan dengan ketetapan itu mengikut kaedah yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa di bawah subperenggan (2).
Subperenggan (1) terpakai hanya jika Pihak Berkuasa—
memutuskan bahawa subperenggan itu terpakai; dan
memutuskan kaedah yang dengannya anggota Pihak Berkuasa boleh menandakan persetujuan tentang ketetapan itu.
Meterai perbadanan
4. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Pihak
Berkuasa dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Pihak Berkuasa, suatu cap yang mengandungi perkataan “Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar”
boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Pihak
Berkuasa.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua
Eksekutif atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa, dan hendaklah disahkan oleh Ketua Eksekutif atau orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan segala surat ikatan, dokumen atau surat cara
50
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan ini, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Walau apa pun subperenggan (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Pihak
Berkuasa mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Pihak Berkuasa oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Pihak Berkuasa yang diberi kuasa secara am atau khas oleh
Pihak Berkuasa bagi maksud itu.
Meterai perbadanan Pihak Berkuasa hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Minit
5. (1) Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Pihak Berkuasa hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
Tiap-tiap mesyuarat Pihak Berkuasa yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Tatacara
6. Tertakluk kepada Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Kesahan perbuatan dan prosiding
7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Pihak Berkuasa;
ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Anggota Pihak Berkuasa hendaklah menumpukan masa kepada urusan
Pihak Berkuasa
8. Tiap-tiap anggota Pihak Berkuasa hendaklah menumpukan masa kepada urusan Pihak Berkuasa sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipannya dengan berkesan.
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 51
Akta 664
AKTA pihak berkuasa wilayah pembangunan iskandar 2007
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
— Tiada —
52
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
Akta 664
AKTA pihak berkuasa wilayah pembangunan iskandar 2007
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
— Tiada —