Malaysia legislation

Section 13

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 13

Penzahiran kepentingan

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Pihak Berkuasa,

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 19

(b)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Pihak

Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

(3)

Mana-mana anggota Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua­

duanya.

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Pihak Berkuasa, Jawatankuasa

Kelulusan dan Pelaksanaan atau sesuatu jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Pihak Berkuasa,

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa itu telah melanggar seksyen ini.

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota

Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau sesuatu jawatankuasa, termasuklah—

(a)

suami atau isterinya;

(b)

ibu atau bapanya termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya;

(c)

anaknya termasuk anak angkat atau anak tirinya;

(d)

adik-beradiknya termasuk adik-beradik suami atau isterinya;

dan

(e)

suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan

“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Pihak Berkuasa,

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau sesuatu jawatankuasa, ertinya—

(a)

seorang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;

(b)

firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi;

(c)

pekongsi anggota itu;

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 664

(d)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau anggota keluarganya merupakan seorang benefisiari; atau

(e)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian

Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau anggota keluarganya merupakan seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.

Pihak Berkuasa boleh menubuhkan jawatankuasa