Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 16

(a)

Pengerusi Bersama;

(b)

seorang anggota Pihak Berkuasa;

(c)

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan;

(d)

suatu jawatankuasa; atau

(e)

seorang pegawai Pihak Berkuasa.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1) dan peruntukan lain Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mewakilkan kepada seorang anggota

Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau suatu jawatankuasa atau seorang pegawai Pihak Berkuasa, kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang, Kumpulan

Wang Projek Sosial atau apa-apa wang lain yang terletak hak pada dan di bawah kawalan Pihak Berkuasa hingga ke apa-apa tahap yang hendaklah dinyatakan oleh Pihak Berkuasa.

(3)

Anggota Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan

Pelaksanaan atau suatu jawatankuasa atau seorang pegawai, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diwakilkan dengan fungsi atau kuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh

Pihak Berkuasa dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 23

(4)

Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Pihak Berkuasa.

(5)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Pihak

Berkuasa daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.

Penyata, laporan, akaun dan maklumat