Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Pihak Berkuasa boleh memberikan—
(a)
bayaran faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa kepada pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa;
(b)
subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perumahan atau kenderaan, dan pembiayaan atau pinjaman belas kasihan lain, kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak
Berkuasa;
(c)
subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perubatan kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa, dan orang tanggungan mereka;
(d)
kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud pendidikan atau biasiswa kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa atau mana-mana orang lain; dan
(e)
derma kepada mana-mana orang, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh
Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb.