Malaysia legislation

Section 22

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 22

(a)

memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut apa-apa cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar;

dan

(b)

memberi perhatian kepada dan bertindak mengikut rangka am—

(i)

dasar negara bagi pemajuan dan kawalan penggunaan tanah; dan

(ii)

dasar am Pihak Berkuasa Negeri Johor berkenaan dengan perancangan pembangunan dan kegunaan tanah dan bangunan.

(2)

Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain Akta ini, dalam menjalankan tanggungjawabnya di bawah subseksyen (1),

Pihak Berkuasa hendaklah—

(a)

membantu Jawatankuasa Perancang Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan untuk menyelaraskan pembangunan dalam Wilayah Pembangunan

Iskandar, dan bagi maksud ini, Pihak Berkuasa hendaklah menyediakan suatu Rancangan Pembangunan Komprehensif dan merumuskan strategi dan inisiatif bagi pelaksanaan

Rancangan Pembangunan Komprehensif dalam sektor swasta dan awam untuk diterima pakai oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu menurut subseksyen 24(4);

(b)

menyepadukan dasar dan strategi perancangan Kerajaan

Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor dan pihak berkuasa perancang tempatan setakat yang dasar dan strategi perancangan itu boleh terpakai bagi atau berkaitan dengan

Wilayah Pembangunan Iskandar;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 27

(c)

melaksanakan strategi dan inisiatif bagi pembangunan perdagangan dan pemasaran antarabangsa, dan tarikan pelaburan ke Wilayah Pembangunan Iskandar, mengikut

Rancangan Pembangunan Komprehensif;

(d)

mengenal pasti infrastruktur yang diperlukan untuk mengekalkan dan mengembangkan ekonomi di Wilayah

Pembangunan Iskandar mengikut Rancangan Pembangunan

Komprehensif, membangunkan dan mengesyorkan strategi dan inisiatif bagi penyediaan infrastruktur itu, menerima dan menyalurkan apa-apa wang yang diuntukkan oleh Parlimen bagi penyediaan infrastruktur itu dan memantau pembinaan, pelaksanaan, pengendalian dan penyenggaraannya;

(e)

mengesyorkan kriteria yang hendaklah dipenuhi oleh

Entiti Kerajaan dan kontraktor swasta berhubung dengan penyediaan, atau keupayaan untuk menyediakan, infrastruktur atau perkhidmatan yang diperlukan, mengikut

Rancangan Pembangunan Komprehensif, bagi pembangunan ekonomi di Wilayah Pembangunan Iskandar;

(f)

mengenal pasti kemahiran yang diperlukan bagi pengekalan dan pengembangan ekonomi di Wilayah Pembangunan

Iskandar dan membangunkan strategi bagi memastikan bahawa kemahiran itu dibina dan dikekalkan; dan

(g)

menyepadukan penyelidikan saintifik dan teknologi dan pengeksploitan komersialnya dalam rangka ekonomi

Wilayah Pembangunan Iskandar.

Penyediaan draf Rancangan Pembangunan Komprehensif