Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(2)
Draf Rancangan Pembangunan Komprehensif hendaklah mengandungi pernyataan bertulis dan—
(a)
hendaklah merumuskan, dengan terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangannya bagi rangka keseluruhan, wawasan dan objektif pembangunan
Wilayah Pembangunan Iskandar, yang hendaklah termasuk strategi bagi pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial di Wilayah Pembangunan Iskandar;
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
(b)
hendaklah merumuskan, dengan terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangannya bagi inisiatif perancangan dan pelaksanaan untuk merealisasikan strategi yang disebut dalam perenggan
(a)
, yang hendaklah termasuk inisiatif yang berhubungan dengan—
(i)
fungsi Pihak Berkuasa di bawah perenggan 5(b)
dan (d);
(ii)
peningkatan kualiti persekitaran hidup dalam
Wilayah Pembangunan Iskandar;
(iii)
peningkatan pembangunan sosial dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar;
(iv)
pengurusan kegunaan tanah dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar;
(v)
pengurusan dan pemajuan pembandaran di Wilayah
Pembangunan Iskandar;
(vi)
perlindungan, pemeliharaan dan peningkatan sumber alam sekitar semula jadi, sumber pertanian, taman dan tanah lapang dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar;
(vii)
pembangunan kawasan pantai dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar berseimbang dengan perlindungan persekitaran pantai semula jadi;
(viii)
penggiatan semula dan peningkatan persekitaran ekonomi, sosial dan fizikal Pusat Bandar Johor
Bahru;
(ix)
penyediaan, pengintegrasian dan penyelarasan infrastruktur bandar dan perkhidmatan kemudahan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar;
(x)
pembaikan perhubungan bandar dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar bagi pergerakan barang-barang dan manusia;
(xi)
pemajuan pembangunan berorientasikan pengangkutan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar; dan
(xii)
pembangunan komersial yang disasarkan,
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 29
yang hendaklah selaras dengan rangka keseluruhan, wawasan, objektif dan strategi yang disebut dalam perenggan (a); dan
(c)
boleh merumuskan, dengan terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangan, dasar dan strateginya yang terpakai bagi kawasan di sekeliling
Wilayah Pembangunan Iskandar setakat yang cadangan, dasar dan strategi itu semunasabahnya dikehendaki untuk mencapai cadangan yang disebut dalam perenggan (a)
dan (b); dan tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, cadangan, dasar dan strategi yang terpakai bagi kawasan di sekeliling Wilayah Pembangunan Iskandar boleh termasuk perkara yang berhubungan dengan keselamatan, perlindungan dan pembaikan alam sekitar dan pemeliharaan sumber semula jadi.
(3)
Draf Rancangan Pembangunan Komprehensif hendaklah mengandungi, atau disertakan dengan, apa-apa peta, gambar rajah, ilustrasi, laporan, lukisan, model dan bahan perihalan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa bagi maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam Rancangan
Pembangunan Komprehensif, atau sebagaimana yang dalam apa-apa hal tertentu dinyatakan dalam arahan yang diberikan oleh
Jawatankuasa Perancang Negeri; dan peta, gambar rajah, ilustrasi, laporan, lukisan, model dan bahan perihalan itu hendaklah dikira sebagai menjadi sebahagian daripada Rancangan Pembangunan
Komprehensif.
(4)
Dalam merumuskan cadangannya dalam draf Rancangan
Pembangunan Komprehensif, Pihak Berkuasa hendaklah berunding dengan Majlis Perancang Fizikal Negara, Jawatankuasa Perancang
Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar, dan memastikan bahawa cadangan itu pada amnya mematuhi rancangan struktur sebagaimana keadaannya pada masa ini, sama ada ia telah berkuat kuasa atau belum, dan hendaklah memberi perhatian kepada—
(a)
apa-apa maklumat dan pertimbangan lain yang pada pendapatnya berkaitan, atau yang Majlis Perancang Fizikal
Negara atau Jawatankuasa Perancang Negeri dalam apa
apa hal tertentu mengarahkannya untuk mengambil kira;
dan
(b)
dasar negara, Negeri Johor dan serantau di mana-mana yang berkaitan.
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
Kelulusan atau penolakan draf Rancangan Pembangunan
Komprehensif