Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Jika Jawatankuasa Perancang Negeri berpendapat bahawa draf Rancangan Pembangunan Komprehensif atau mana-mana bahagian daripadanya tidak disediakan mengikut kehendak subseksyen 23(4), Jawatankuasa Perancang Negeri boleh menahan kelulusannya kepada draf Rancangan Pembangunan Komprehensif itu sehinggalah kehendak itu telah dipenuhi.
(3)
Pihak Berkuasa hendaklah menyiarkan fakta kelulusan draf Rancangan Pembangunan Komprehensif oleh Jawatankuasa
Perancang Negeri—
(a)
di laman web internet Pihak Berkuasa, dalam bahasa kebangsaan dan Inggeris, bersama dengan Rancangan
Pembangunan Komprehensif yang diluluskan; dan
(b)
dalam tiga keluaran sekurang-kurangnya satu surat khabar tempatan dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar tempatan dalam bahasa Inggeris, bersama dengan tanda yang dengannya Rancangan Pembangunan
Komprehensif yang diluluskan boleh dikenal pasti dan dengan suatu pernyataan tentang tempat di mana
Rancangan Pembangunan Komprehensif yang diluluskan itu boleh diperiksa.
(4)
Selepas Rancangan Pembangunan Komprehensif telah diluluskan—
(a)
berhubung dengan mana-mana kawasan dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar yang baginya suatu rancangan tempatan masih belum menerima persetujuan Pihak
Berkuasa Negeri Johor, Jawatankuasa Perancang
Negeri hendaklah memberikan suatu arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di bawah perenggan 12(3)(b) dan subseksyen 12(8) Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 untuk memasukkan ke dalam draf rancangan tempatan bagi kawasan itu apa-apa kandungan Rancangan Pembangunan Komprehensif yang diluluskan sebagaimana yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Jawatankuasa Perancang Negeri; dan
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 31
(b)
berhubung dengan mana-mana kawasan dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar yang baginya suatu rancangan tempatan telah menerima persetujuan Pihak Berkuasa
Negeri Johor, Jawatankuasa Perancang Negeri hendaklah memberikan suatu arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di bawah subseksyen 16(2) Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 untuk mengubah rancangan tempatan itu dengan memasukkan apa-apa kandungan Rancangan Pembangunan Komprehensif yang diluluskan itu sebagaimana yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Jawatankuasa Perancang Negeri.
Kajian semula atau pengubahan Rancangan Pembangunan
Komprehensif