Malaysia legislation

Section 26

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 26

Menjadi kewajipan tiap-tiap Entiti Kerajaan dan orang, sama ada tempatan atau asing, untuk mengambil tahu tentang, dan bertindak mengikut cara yang selaras dengan—

(a)

kandungan Rancangan Pembangunan Komprehensif yang diluluskan yang tidak dimasukkan ke dalam suatu rancangan tempatan menurut subseksyen 24(4) dalam melaksanakan fungsi dan kewajipannya, dalam menjalankan kuasanya, dan dalam menjalankan aktivitinya, dalam Wilayah

Pembangunan Iskandar; dan

(a)

kandungan Rancangan Pembangunan Komprehensif yang diluluskan sebagaimana yang diperihalkan dalam perenggan 23(2)(c) yang tidak dimasukkan ke dalam suatu rancangan tempatan menurut subseksyen 24(4), jika ada, dalam melaksanakan fungsi dan kewajipannya, dalam menjalankan kuasanya, dan dalam menjalankan aktivitinya di kawasan sekeliling Wilayah Pembangunan Iskandar.

32

Undang-Undang Malaysia

Akta 664

Pembangunan strategik yang ditetapkan