Malaysia legislation

Section 28

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 28

(a)

bertindak sebagai ejen penyelaras utama atau ejen yang diberi kuasa bagi pihak Entiti Kerajaan yang berkaitan berhubung dengan penerimaan, pemprosesan dan pencepatan

Kelulusan dan tindakan pentadbiran yang diperlukan berkaitan dengan permohonan untuk mendapatkan

Kelulusan yang berkenaan dengannya Pihak Berkuasa telah membuat suatu perjanjian atau perkiraan di bawah seksyen 31; dan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 33

(b)

memberikan perkhidmatan pentadbiran dan bantuan kepada

Pihak Berkuasa Negeri Johor berkaitan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan tanah dalam Wilayah

Pembangunan Iskandar.

(2)

Pihak Berkuasa boleh, dalam menjalankan peranan yang disebut dalam perenggan (1)(a)—

(a)

mengenakan ke atas pemohon bagi Kelulusan apa-apa fi, kos, levi, sumbangan atau apa-apa caj lain sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa; dan

(b)

bagi pihak Entiti Kerajaan yang berkaitan, memungut daripada pemohon bagi Kelulusan apa-apa fi, kos, levi, sumbangan atau apa-apa caj lain sebagaimana yang dikehendaki dengan sah oleh Entiti Kerajaan itu berkaitan dengan permohonan itu.

Pesuruhjaya Persekutuan dan Negeri