Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
Wilayah Pembangunan Iskandar—
(2)
Sekurang-kurangnya seorang daripada Pesuruhjaya itu hendaklah diberi kuasa oleh Kerajaan Persekutuan untuk berhubung dengan dan menyelaraskan semua kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, perbadanan atau diperbadankan, Kerajaan
Persekutuan yang berkaitan untuk mempercepat pengeluaran atau pemberian semua Kelulusan yang dikehendaki atau yang ada di bawah undang-undang persekutuan.
(3)
Sekurang-kurangnya seorang daripada Pesuruhjaya itu hendaklah diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri Johor untuk berhubung dengan dan menyelaraskan semua jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, perbadanan atau diperbadankan, Kerajaan Negeri Johor yang berkaitan untuk mempercepat pengeluaran atau pemberian semua
Kelulusan yang dikehendaki atau yang ada di bawah undang-undang Negeri Johor.
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan