Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
Kerajaan Persekutuan, atau mana-mana Kerajaan Negeri,
Pihak Berkuasa Negeri atau kerajaan tempatan; dan
(b)
mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, perbadanan atau diperbadankan, bagi
Kerajaan Persekutuan, atau bagi mana-mana Kerajaan
Negeri atau kerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau selainnya;
“jawatankuasa” ertinya suatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen 14;
“Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan” ertinya Jawatankuasa
Kelulusan dan Pelaksanaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 30;
“Jawatankuasa Perancang Negeri” ertinya Jawatankuasa Perancang bagi Negeri Johor yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];
“Kelulusan” ertinya lesen, permit atau pas, pendaftaran dan kelulusan lain termasuk yang berhubungan dengan kemasukan ke dalam, dan perlepasan dari, Malaysia, oleh warganegara bukan
Malaysia, dan bagi cukai, duti kastam dan eksais dan insentif fiskal lain, yang dikehendaki bagi atau berkaitan dengan perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar;
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 9
“Ketua Eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 18(1) dan termasuklah mana-mana pegawai yang diarahkan di bawah subseksyen 18(7) untuk melaksanakan kewajipan ketua pegawai eksekutif itu;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pihak Berkuasa
Wilayah Pembangunan Iskandar yang ditubuhkan di bawah seksyen 33;
“Kumpulan Wang Projek Sosial” ertinya Kumpulan Wang Projek
Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 37;
“Majlis Perancang Fizikal Negara” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;
“menetapkan” ertinya menetapkan melalui peraturan-peraturan;
“Menteri” ertinya Perdana Menteri;
“Menteri Besar” ertinya Menteri Besar Johor;
“Pengerusi Bersama” ertinya Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa yang dilantik menurut seksyen 8;
“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya yang dilantik di bawah seksyen 29;
“Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan
Iskandar yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“pihak berkuasa perancang tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;
“pihak berkuasa tempatan” ertinya pihak berkuasa tempatan bagi kawasan atau kawasan-kawasan dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar;
“Rancangan Pembangunan Komprehensif” ertinya Rancangan
Pembangunan Komprehensif bagi Wilayah Pembangunan
Iskandar, dan termasuklah apa-apa pengubahan kepada Rancangan
Pembangunan Komprehensif itu menurut kuasa seksyen 25; dan
“draf Rancangan Pembangunan Komprehensif” hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya;
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
“rancangan struktur” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dalam pemakaiannya bagi Negeri Johor;
“rancangan tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;
“tanah lapang” ertinya mana-mana tanah sama ada dikepung atau tidak yang disusun atur atau dirizabkan untuk disusun atur keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam;
“Wilayah Pembangunan Iskandar” ertinya kawasan atau kawasan
kawasan yang ditentukan oleh Menteri mengikut seksyen 15.
(2)
Bagi mengelakkan keraguan, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan atau mengehadkan bidang kuasa, kuasa dan fungsi Pihak Berkuasa Negeri Johor berhubung dengan perkara-perkara tanah dan kerajaan tempatan.