Malaysia legislation

Section 30

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 30

(a)

seorang pengerusi, yang ialah Menteri Besar;

(b)

Ketua Eksekutif;

(c)

seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan;

(d)

seorang wakil kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia;

(e)

seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawab bagi imigresen;

(f)

seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;

(g)

Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri;

(h)

Pengarah Perancang Negeri;

(i)

Pesuruhjaya;

(j)

Yang Dipertua bagi tiap-tiap pihak berkuasa tempatan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar; dan

(k)

mana-mana anggota lain yang dilantik oleh Pihak

Berkuasa.

(2)

Pihak Berkuasa boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) hingga (f), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa itu jika anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.

(3)

Apabila menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Jawatankuasa itu.

(4)

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah bertanggungjawab bagi—

(a)

mengenal pasti cadangan pembangunan dan pelaburan yang utama atau strategik dalam Wilayah Pembangunan

Iskandar;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 35

(b)

memantau status semua Kelulusan berhubung dengan cadangan pembangunan dan pelaburan yang utama atau strategik itu;

(c)

menyelaraskan peranan dan aktiviti semua Entiti Kerajaan yang berkaitan untuk mempercepat pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan yang utama atau strategik itu;

(d)

mengenal pasti apa-apa kesulitan atau isu yang timbul semasa pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan yang utama atau strategik itu, dan mengambil atau mengesyorkan langkah dan tindakan pentadbiran yang sesuai untuk menyelesaikan kesulitan atau isu itu;

(e)

melaporkan status pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan yang utama atau strategik itu kepada

Pihak Berkuasa; dan

(f)

melaksanakan mana-mana fungsi atau kewajipan lain yang diwakilkan kepadanya oleh Pihak Berkuasa menurut perenggan 16(1)(c).

(5)

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(6)

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada Jawatankuasa itu oleh Pihak Berkuasa.

(7)

Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi Jawatankuasa itu.

(8)

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah menyebabkan—

(a)

minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa secepat yang dapat dilaksanakan.

(9)

Apa-apa minit yang dibuat semasa mesyuarat Jawatankuasa

Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

36

Undang-Undang Malaysia

Akta 664

(10)

Tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat mengikut subseksyen (8) dan (9) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

(11)

Anggota Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

(12)

Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a)

ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Jawatankuasa

Kelulusan dan Pelaksanaan; atau

(b)

ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

Perkiraan dengan Entiti Kerajaan