Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Kerajaan berkenaan dengan—
(a)
bekerjasama dengan dan membantu Pihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsi Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
(b)
jika berkaitan, merujuk dan menggunakan maklumat, statistik dan faktor yang disebarkan oleh Pihak Berkuasa di bawah perenggan 5(c) dalam melaksanakan fungsi dan kewajipannya, dalam menjalankan kuasanya, dan dalam menjalankan aktivitinya, dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar; dan
(c)
memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada dasar, undang-undang dan tindakan yang dicadangkan yang hendaklah terpakai bagi Wilayah Pembangunan Iskandar sebagaimana yang disyorkan oleh Pihak Berkuasa di bawah perenggan 5(d).