Malaysia legislation

Section 34

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 34

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Pihak Berkuasa, termasuk fi dan kos ukur dan guaman dan fi dan kos lain;

(b)

membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota

Pihak Berkuasa, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, mana-mana jawatankuasa, pegawai dan pekhidmat Pihak

Berkuasa termasuk memberi pinjaman dan bayaran pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan, pencen dan ganjaran;

(c)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sah oleh

Pihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 39

(d)

membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan aset lain, dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

(e)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;

(f)

memberikan bantuan kewangan di bawah seksyen 20;

dan

(g)

pada amnya membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Pemeliharaan Kumpulan Wang