Malaysia legislation

Section 38

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 38

Pihak Berkuasa hendaklah membuka dan menyenggarakan akaun atau akaun-akaun dengan mana-mana bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa, dan tiap-tiap akaun hendaklah dikendalikan dengan seberapa yang boleh dilaksanakan melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa bagi maksud itu dari semasa ke semasa.