Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 3

(2)

Pihak Berkuasa adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

(3)

Pihak Berkuasa boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya.

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Pihak Berkuasa boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 11

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Pihak Berkuasa.

Objektif Pihak Berkuasa