Malaysia legislation

Section 47

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 47

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 43

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

adalah tidak material bahawa perbuatan berkenaan tidak ditujukan kepada—

(i)

apa-apa maklumat, statistik atau data yang tertentu;

(ii)

apa-apa jenis maklumat, statistik atau data; atau

(iii)

apa-apa maklumat, statistik atau data yang disimpan di mana-mana lokasi tertentu;

(b)

adalah tidak material sama ada sesuatu pengubahsuaian tanpa kuasa menjadi, atau diniatkan menjadi, kekal atau hanya sementara;

(c)

sesuatu pengubahsuaian apa-apa maklumat, statistik atau data berlaku jika—

(i)

maklumat, statistik atau data itu diubah atau dipadamkan;

(ii)

apa-apa maklumat, statistik atau data baru dimasukkan atau ditambahkan kepada maklumat, statistik atau data itu; atau

(iii)

apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan Pihak Berkuasa untuk mendapatkan capaian kepada maklumat, statistik atau data itu, dan termasuklah apa-apa perbuatan yang menyumbang kepada berlakunya pengubahsuaian itu.

44

Undang-Undang Malaysia

Akta 664

(3)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, atau didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574].

Pengecualian daripada duti setem