Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
Pekhidmat awam
Tiap-tiap anggota Pihak Berkuasa atau Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa, semasa menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.