Malaysia legislation

Section 54

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 54

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan­

peraturan boleh dibuat bagi—

(a)

memantau pembangunan tanah dalam Wilayah Pembangunan

Iskandar dan pada amnya membuat peruntukan bagi pembangunan tanah yang teratur dalam Wilayah

Pembangunan Iskandar;

(b)

menetapkan cara yang apa-apa perihalan dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Pihak Berkuasa;

(c)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa;

(d)

mengenakan fi, kos, levi, sumbangan atau apa-apa caj lain dalam apa-apa hal yang ditentukan oleh Pihak

Berkuasa;

(e)

mengadakan peruntukan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan syer, saham, bon atau debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang didapati oleh Pihak

Berkuasa perlu atau suai manfaat, dan, khususnya, bagi mengawal selia kaedah pengeluaran, pemindahan hakmilik, penebusan atau urusan lain mengenai syer, saham, bon atau debentur itu;

(f)

menetapkan perihalan atau jenis pembangunan strategik yang ditetapkan atau kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan bagi maksud seksyen 27;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 47

(g)

menetapkan cara dan terma dan syarat yang bantuan kewangan boleh diberikan oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen 20;

(h)

menetapkan butir-butir bentuk dan kandungan Rancangan

Pembangunan Komprehensif, tatacara yang hendaklah diikuti dalam penyediaan, pengemukaan dan kelulusannya;

(i)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam membuat perjanjian atau perkiraan dengan Entiti Kerajaan menurut seksyen 31;

(j)

menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pentadbiran Kumpulan Wang Projek Sosial; dan

(k)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya peruntukan Akta ini.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh menetapkan denda selanjutnya sebanyak lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini diperbuat