Malaysia legislation

Section 55

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 55

Segala perbuatan dan perkara yang dilakukan bagi pihak

Pihak Berkuasa sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukan itu selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Pihak Berkuasa.

48

Undang-Undang Malaysia

Akta 664