Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Fungsi Pihak Berkuasa
(a)
untuk menetapkan dasar, arah dan strategi negara berhubung dengan pembangunan dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar dan fungsi lain yang berkaitan dengannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IV;
(b)
untuk menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh Entiti Kerajaan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian V termasuk—
(i)
untuk bertindak sebagai ejen penyelaras utama atau ejen yang diberi kuasa berhubung dengan permohonan untuk mendapatkan Kelulusan yang berkenaan dengannya Pihak Berkuasa telah membuat suatu perjanjian atau perkiraan di bawah seksyen 31;
(ii)
untuk mengesyorkan standard, garis panduan, amalan terbaik dan proses dan tatacara pentadbiran yang seragam yang hendaklah digunakan oleh Entiti
Kerajaan bagi Wilayah Pembangunan Iskandar;
dan
(iii)
untuk memantau pelaksanaan standard, garis panduan, amalan terbaik dan proses dan tatacara pentadbiran yang seragam dalam memudahkan pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar;
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
(c)
untuk membuat pertanyaan, menjalankan kajian, mengumpul semak, menganalisis dan menyiarkan maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau berkaitan dengan pembangunan, perniagaan atau pelaburan dan untuk menyebarkan maklumat, statistik dan faktor itu kepada pelabur atau pelabur berpotensi, sama ada tempatan atau asing, dalam Wilayah Pembangunan Iskandar dan kepada
Entiti Kerajaan yang berkaitan;
(d)
untuk mengesyorkan kepada Entiti Kerajaan yang berkaitan dasar, undang-undang dan tindakan yang hendaklah terpakai bagi Wilayah Pembangunan Iskandar untuk meningkatkan daya saing antarabangsa bagi industri dan perdagangan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar;
(e)
untuk mengesyorkan kepada Entiti Kerajaan yang berkaitan insentif berhubung dengan cukai, duti kastam dan eksais dan insentif fiskal lain yang terpakai bagi pelabur dalam
Wilayah Pembangunan Iskandar;
(f)
untuk memajukan dan merangsang Wilayah Pembangunan
Iskandar sebagai suatu pusat perdagangan, pelaburan dan logistik, kawasan bebas duti dan destinasi pelancongan;
(g)
untuk memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar—
(i)
pembangunan ekonomi dan sosial;
(ii)
pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial;
(iii)
pembangunan kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti-aktiviti rekreasi;
(iv)
pendidikan awam termasuk pembangunan kemudahan pendidikan; dan
(v)
kesihatan umum termasuk pembangunan kemudahan kesihatan dan perubatan;
(h)
untuk memajukan pelaburan sektor swasta dalam pembangunan yang disebut dalam perenggan (g);
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 13
(i)
untuk merancang, melaksanakan secara berperingkat-peringkat dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut dalam perenggan (f) dan (g) dan apa-apa aktiviti lain dalam Wilayah Pembangunan Iskandar yang disifatkan oleh Pihak Berkuasa sebagai mempunyai kepentingan negara yang strategik atau mempunyai kepentingan negara; dan
(j)
untuk menjalankan mana-mana fungsi lain yang diberikan oleh atau di bawah Akta ini dan untuk melaksanakan mana-mana fungsi lain yang adalah tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam seksyen ini.
Kuasa Pihak Berkuasa