Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, kuasa Pihak
(a)
untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang bersifat komersial atau perindustrian, aktiviti yang berhubungan dengan perdagangan, pelaburan, logistik, pelancongan, infrastruktur dan aktiviti penyelidikan dan latihan, yang penjalanannya didapati oleh Pihak Berkuasa adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
(b)
untuk mendayausahakan dan menjalankan kajian mengenai kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan untuk mencadangkan rancangan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan kajian untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula dapat dilaksanakan;
(c)
untuk menghendaki—
(i)
semua Entiti Kerajaan yang berkaitan untuk memberikan apa-apa bantuan dan mengemukakan apa-apa maklumat yang ada dalam milikan mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa untuk membolehkan Pihak Berkuasa menjalankan fungsi yang disebut dalam perenggan 5(c); dan 14
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
(ii)
semua Entiti Kerajaan, syarikat dan perbadanan, dan badan dan orang lain, sama ada tempatan atau asing, yang terlibat dalam menjalankan atau berniat untuk menjalankan pembangunan dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar untuk mengemukakan laporan, yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh Pihak
Berkuasa, berkenaan dengan aktiviti mereka atau aktiviti yang dicadangkan oleh mereka;
(d)
untuk menyelaraskan pembangunan, termasuk pembangunan harta, infrastruktur dan kemudahan awam dalam Wilayah
Pembangunan Iskandar;
(e)
untuk membuat syor kepada Pihak Berkuasa Negeri Johor dan pihak berkuasa tempatan dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar berhubung dengan fungsi dan perkhidmatan kerajaan tempatan termasuk kawalan perancangan tempatan dan pengawalseliaan, kelulusan atau kawalan semua bangunan dan pengendalian bangunan, pembaikan dan penghapusan bangunan puing dan berbahaya, dan larangan, penutupan dan perobohan bangunan yang mempunyai kelas, reka bentuk atau rupa tertentu dalam
Wilayah Pembangunan Iskandar;
(f)
untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen yang diberi kuasa bagi, atau selainnya bertindak bersama dengan atau bagi pihak, mana-mana Entiti Kerajaan, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang, sama ada tempatan atau asing;
(g)
untuk menghubungi secara langsung atau tidak langsung mana-mana pelabur atau pelabur berpotensi, sama ada tempatan atau asing, dengan tujuan untuk menggalakkan pelaburan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar;
(h)
untuk memajukan dan menyelaraskan penjalanan aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) oleh mana-mana Entiti Kerajaan atau orang, sama ada tempatan atau asing;
(i)
untuk menubuhkan atau mengembangkan, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Pihak Berkuasa atau secara bebas;
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 15
(j)
untuk mengunderait atau selainnya memperoleh dan memegang apa-apa sekuriti dan untuk melupuskan sekuriti itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa;
(k)
tertakluk kepada dan mengikut mana-mana undang-undang bertulis, untuk menubuhkan, menguruskan dan mengendalikan apa-apa kumpulan wang pelaburan, sama ada yang berhubungan dengan harta, saham, syer atau selainnya, dan untuk membubarkan kumpulan wang pelaburan itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa;
(l)
untuk memohon bagi dan menerima pemberimilikan atau pemindahan hakmilik tanah dalam Wilayah Pembangunan
Iskandar bagi pembangunan;
(m)
untuk melupuskan aset modal dan untuk menggunakan hasil daripada pelupusan itu;
(n)
untuk melantik mana-mana ejen sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;
(o)
untuk mengenakan fi, kos, levi, sumbangan atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi memberi kesan kepada mana-mana fungsi atau kuasanya; dan
(p)
untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Fungsi tambahan Pihak Berkuasa